web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Indonesia Sambut Baik Perubahan Dasar Pengurusan Pekerja Asing Di Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2023 4:02PM

Saifuddin Nasution Ismail berkata pihak Indonesia menyambut baik perubahan dasar dan penjajaran fungsi pengurusan pekerja asing di Malaysia - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA -  Malaysia telah menerangkan kepada Indonesia tentang perubahan dasar dan penjajaran fungsi pengurusan pekerja asing di Malaysia dan ia disambut baik oleh republik itu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin berkata perkara itu antara yang disentuh dalam pertemuannya dengan Menteri Ketenagakerjaan Ida Fauziyah dan Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Yasonna H. Laoly semalam, sempena lawatan kerja delegasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) ke Indonesia.

Indonesia antara negara sumber utama pekerja asing, adalah negara pertama yang dilawati delegasi bagi menyusul keputusan pertemuan antara Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) awal bulan ini terkait dengan pengurusan penggajian pekerja asing.

Saifuddin berkata beliau telah menerangkan tentang perubahan dasar di Malaysia berkenaan pekerja asing yang merujuk kepada penjajaran pengurusan pekerja asing termasuk Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing dan pelanjutan Pelan Rekalibrasi Pendatang Tanpa Izin 2.0 yang akan mengisi keperluan tenaga kerja dalam sektor-sektor kritikal untuk memacu pembangunan ekonomi negara.

"Pihak Indonesia menyambut baik perubahan dasar dan penjajaran fungsi pengurusan pekerja asing di Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini, serta menambah persetujuan itu akan dimanifestasikan melalui perbincangan di peringkat pegawai dalam mekanisme jawatankuasa sedia ada antara dua negara itu.

Beliau berkata perbincangan turut menyentuh perihal penguatkuasaan undang-undang imigresen dan perburuhan melibatkan pekerja Indonesia, pengurusan penghantaran pulang banduan dan tahanan imigresen serta tindakan penyelarasan bagi meminimumkan risiko pekerja asing daripada diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Turut dibangkitkan pengurangan tempoh masa dan kos migrasi yang terkait dengan penggajian pekerja asing serta mengoptimumkan penggunaan teknologi pendigitalan bagi tujuan integrasi sistem dan memudah cara pemantauan pekerja berkenaan,” katanya.

 Turut dibangkitkan ialah beberapa tindakan yang perlu diambil dengan kadar segera susulan keputusan Anwar Ibrahim dan Jokowi bagi menambah baik pengurusan pekerja asing Indonesia di Malaysia.

 "Turut dibincangkan ialah perihal kerjasama keimigresenan dan kawalan sempadan  bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan kedua-dua negara dapat direncanakan dengan baik," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar