web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: Mangsa Di Sabah Meningkat Sedikit, Pahang Dan Johor Menurun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2023 9:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Sabah malam ini menyaksikan satu lagi daerah di negeri itu dilanda bencana berkenaan, dengan jumlah mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat sedikit, manakala banjir di Pahang serta Johor semakin bertambah baik.

Di SABAH, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,376 orang daripada 522 keluarga yang ditempatkan di lapan PPS, berbanding 1,211 orang (471 keluarga) petang tadi, dengan Telupid menjadi daerah terbaharu terjejas mengakibatkan 95 orang daripada 26 keluarga terpaksa dipindahkan di PPS Dewan Kampung Bauto.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, Pitas mencatatkan jumlah mangsa teramai dengan 1,152 orang (450 keluarga) menghuni di dua PPS, diikuti Paitan seramai 86 orang (35 keluarga) di empat PPS dan Lahad Datu 43 orang (11 keluarga) di satu PPS.

JBPN Sabah turut menjangkakan jumlah mangsa banjir di Paitan dan Telupid akan meningkat, berikutan keadaan hujan yang masih berterusan, manakala keadaan di Pitas dan Lahad Datu pula dijangka kekal.

Di PAHANG, keadaan banjir di Rompin semakin pulih apabila dua PPS ditutup petang tadi, menjadikan hanya satu PPS iaitu Sekolah Kebangsaan Denai yang masih beroperasi bagi menempatkan 27 mangsa (lapan keluarga) malam tadi.

Sekretariat JPBN Pahang melaporkan dua PPS yang ditutup pada 4 petang tadi ialah Kampung Setajam dan Balai Raya Kampung Jawa, yang menempatkan jumlah mangsa banjir terakhir masing-masing 171 dan 21 orang.

Manakala, paras Sungai Keratong di Rompin masih kekal melepasi paras bahaya.

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir menurun kepada 2,113 orang setakat 8 malam ini berbanding 2,157 orang yang direkodkan pada 4 petang, susulan penutupan sebuah PPS.

JBPN Johor memaklumkan sebanyak 22 buah PPS masih beroperasi di daerah Batu Pahat, Mersing, Kota Tinggi dan Segamat.

Daerah Batu Pahat masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 854 orang, diikuti Mersing (823) orang, Kota Tinggi (344) dan Segamat (92), menurut kenyataan JBPN.

Mengikut ramalan cuaca, Kulai dan Kota Tinggi dijangka hujan malam tadi, manakala lapan daerah lain dijangka mendung, sementara paras air Sungai Endau di Mersing pula masih merekodkan tahap bahaya dengan bacaan 2.5 meter. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Kolum 2 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Semasa 3 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 7 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar