web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


12 Ekor Kucing 'Harta' Pertama Diselamatkan Ketika Banjir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2023 4:16PM

Faridah Idris bersama suaminya, Ahad Musa dan kucing-kucing mereka - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEGAMAT - Sebanyak 12 ekor kucing yang diletakkan dalam sangkar di luar rumah merupakan 'harta' pertama diselamatkan Faridah Idris, 50, sebaik menyedari air mula naik di sekitar rumahnya di Kampung Paya Merah Lama, Labis, di sini, Selasa lepas. 

Dalam kejadian banjir itu, kediaman Faridah dan suaminya Ahad Musa, 52, antara yang teruk terjejas apabila air naik hingga ke paras pinggang. 

“Kejadian berlaku selepas Subuh apabila saya perasan air naik sangat cepat akibat hujan berterusan sejak dari malam. Tanpa peduli harta benda lain, dalam fikiran saya ketika itu hanya mahu selamatkan kucing saya terlebih dahulu.

"Ketika itu suami tiada di rumah kerana hantar anak balik ke Batu Pahat. Saya pula tidak berapa sihat, jadi saya segera minta bantuan seorang lagi anak untuk pindahkan kucing berkenaan ke atas lori milik suami. Alhamdulillah, semua kucing itu selamat," katanya yang ditemui Bernama ketika sedang membersihkan kediamannya di sini.

Begitupun, Faridah berkata dia dan suami agak terkilan kerana hampir separuh daripada 60 ekor ayam yang diternak 'lesap' ekoran banjir tersebut.

"Kesemua ayam kami kurung dalam reban, tetapi arus banjir yang kuat menyebabkan dua reban rosak. Dalam keadaan yang kelam-kabut itu, sukar nak selamatkan semuanya lebih-lebih lagi apabila ada yang terbang entah ke mana.

"Ayam ini kami bela untuk kegunaan sendiri, bukan untuk meniaga dan baru-baru ini banyak yang sudah menetas. Mungkin bukan rezeki kami apabila habis semua telur ayam hanyut dan rosak," katanya. 

Faridah yang mengusahakan kedai makan secara kecil-kecilan berkata, kampungnya itu memang selalu dilanda banjir kerana terletak di kawasan rendah, namun masalah longkang yang tersumbat menjadikan banjir kali ini antara yang terburuk.

"Longkang di sini banyak yang tersumbat dengan sampah, ranting pokok dan daun sawit. Jadi, saya berharap pihak berkuasa tempatan boleh bantu bersihkan supaya penduduk kampung tidak terus menjadi mangsa banir," katanya.- Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Kemalangan Maut 3 Sekeluarga: Pemandu Treler Positif Dadah Hadap 3 Tuduhan Membunuh

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan