web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gantung, Pecat Ahli Perbuatan Bacul, Bukti Kepimpinan UMNO Diktator - MIC Johor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2023 7:36PM

S Deva berkata Ahmad Zahid merencana nafsu kuasa politik semata-mata demi kepentingan peribadi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memecat dan menggantung keahlian beberapa pemimpinnya, disifatkan sebagai bacul serta tidak bernaratif untuk kepentingan parti.

Ahli Jawatankuasa MIC Johor, S Deva berkata, ini kerana kepimpinan tertinggi UMNO hanya membiarkan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merencana nafsu kuasa politik semata-mata demi kepentingan peribadi. 

Menurutnya, ia membuktikan kepimpinan UMNO bersikap diktator yang boleh dianggap sebagai pengkhianatan terbesar dalam sejarah Barisan Nasional (BN). 

“Tindakan itu adalah salah, malah bukan sahaja mendukacitakan ahli UMNO, tetapi juga ahli komponen BN secara keseluruhan.

“Sepatutnya selepas kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), kepimpinan BN yang terbabit dengan rela hati perlu muhasabah diri dan berjiwa besar meletak jawatan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Deva berkata, seharusnya Ahmad Zahid bersikap terbuka seperti mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berundur pada 12 Mei 2018, selepas Putrajaya dirampas Pakatan Harapan (PH) semasa PRU-14.

“Ini baharu dikatakan ‘gentleman’ dan anak jantan namanya,” katanya. 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memecat dan menggantung keahlian beberapa pemimpin parti itu kerana dikatakan melanggar disiplin, pada Jumaat.

Mereka yang dipecat ialah mantan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin dan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Khairy Jamaluddin antara yang dipecat.
Khairy Jamaluddin antara yang dipecat.

Pemimpin berdepan penggantungan selama enam tahun pula adalah Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; mantan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Salim Shariff.

Mengulas lanjut, Deva memaklumkan, perkara itu jelas membuktikan terdapat beberapa pemimpin dalam UMNO menjadi liabiliti kepada BN, memandangkan mereka dihimpit pelbagai isu integriti yang lebih dikenali sebagai kluster mahkamah. 

Disebabkan faktor berkenaan, tegasnya, rakyat secara majoriti menolak UMNO dan BN pada PRU-15. 

“Justeru, saya mengesa ahli MIC jangan hanya berpeluk tubuh dan buta mata. Jangan biarkan mereka kerakusan kuasa ini, terus bermaharajarela dan menggorak langkah yang akan menghancurkan BN.

“Ayuh beranikan diri dan bersedia untuk dengar suara hati akar umbi atau MIC juga akan terus ditolak secara bulat-bulat, selain dianggap tidak relevan oleh masyarakat India. 

“Ini kerana gelagat jembalang ‘yes man’ yang saban hari berkeliaran di peringkat pentabdiran MIC Pusat dan negeri, sekali gus mengundang kebencian dalam kalangan orang ramai,” katanya. 

Jelasnya, akar umbi serta ahli MIC seharusnya bangkit dan bersuara berterusan tanpa perlu takut kepada kepimpinan diktator UMNO, sekiranya masih mempercayai perjuangan bersama BN. 

“Ingatlah BN ditubuhkan atas keringat atau titik peluh rakyat. Kita adalah parti akar umbi dan bukannya parti dimiliki seseorang individu seperti Ahmad Zahid dan konconya sahaja,” katanya. - Getaran, 29 Januari 2023.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad