web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Ambil Tindakan Individu Buat Kenyataan Berbaur Hasutan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2021 3:00PM

Peter Umbuas

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Polis akan mengambil tindakan terhadap inidividu bertanggungjawab memuat naik hantaran berbaur hasutan, hinaan dan berita palsu di media sosial.

Tindakan itu bukan sekadar merancakkan penyebaran info kurang tepat, tetapi turut menimbulkan kegusaran awam, sekali gus menjadi batu api terhadap sesuatu isu, individu dan organisasi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Peter Umbuas berkata,  pihaknya setakat ini sudah memanggil beberapa individu berhubung hantaran seumpama itu di media sosial, termasuk menerusi WhatsApp.

“Pesan saya, jangan ambil kesempatan atas apa yang berlaku ke atas masyarakat.

“Usah jadi ‘keyboard warrior’ atau dipolitikkan dengan memanipulasi maklumat tidak benar khususnya berkaitan COVID-19,” katanya menerusi sidang media, hari ini.

Menurut Peter, tindakan tersebut bukan sahaja mencetuskan kegusaran awam tetapi boleh menghasut orang lain untuk bertindak berasaskan maklumat yang salah.

Berhubung isu demonstrasi aman yang berlaku di Kampung Muhibbah Raya dan Pasir Putih Baharu, Peter menjelaskan bahawa tindakan diambil pihaknya berdasarkan keadaan semasa.

“Ada yang mempersoalkan kenapa peserta demonstrasi jalanan di Muhibbah Raya diambil tindakan, tetapi tidak di Pasir Putih Baharu.

“Ada banyak faktor seperti adakah perhimpunan itu dirancang lebih awal atau tidak dan juga mengambil kira aspek tuntutan,” katanya.

Tambah Peter, terdapat maklumat mengatakan kes di Muhibbah Raya telah dirancang lebih awal dan ia membabitkan peserta dari luar kawasan.

“Tuntutan mereka juga tidak berasas apabila segala keperluan penduduk seperti yang dikatakan mereka adalah tidak benar.

“Berbeza dengan Pasir Putih Baharu yang terdiri daripada penduduk kawasan sendiri, selain meneliti statistik kes positif COVID-19 baharu di kawasan mereka yang menunjukkan dalam keadaan terkawal sebelum berlakunya demontrasi tersebut,” katanya.

Menurut Peter, pihaknya masih menyiasat sama ada demonstrasi aman di Pasir Putih Baharu itu dirancang atau tidak.

“Setakat ini, apa yang disuarakan penduduk Pasir Putih Baharu berasas dan ada keperluan dikaji semula oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah.

“Bagaimanapun, saya ingin menegaskan perhimpunan seumpama itu tetap salah lebih-lebih lagi dalam era pandemik COVID-19 dan darurat seperti yang berlaku ketika ini,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah Datuk Masiji Manjun menerusi kenyataan media semalam mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Kampung Pasir Putih Baharu berkuat kuasa hari yang sama.

“Berdasarkan penilaian risiko terkini oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kerajaan Negeri bersetuju menamatkan PKPD di situ,” katanya. - Getaran, 29 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad