web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tidak Perlu Laksana Darurat Bencana, Banjir Cuma Libatkan Beberapa Negeri Sahaja - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2023 7:49PM

Ahmad Zahid ketika melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Politeknik Mersing, di sini hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MERSING - Kerajaan tidak berhasrat melaksanakan darurat bencana kerana kejadian banjir ketika ini hanya melibatkan beberapa negeri dan daerah tertentu sahaja, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah sudahpun melaksanakan pelbagai langkah proaktif bagi membantu kawasan terlibat ketika ini.

Bercakap dalam persidangan media selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Politeknik Mersing, di sini hari ini, beliau berkata tindakan telah diambil bagi menyalurkan pelbagai bantuan kepada ketua isi rumah yang terlibat di kawasan yang dilanda bencana, termasuk bantuan pasca banjir.

Katanya kerajaan menerusi pelbagai agensi termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sentiasa menggembleng tenaga dan meningkatkan pengurusan serta usaha bagi membantu semua mangsa yang terlibat.

Turut sama hadir di sidang media itu ialah Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi serta Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani.

Sementara itu Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata kerajaan telah meluluskan serta-merta pelan jangka pendek pengurusan banjir di Mersing berjumlah RM10.5 juta bagi pembinaan tiga pam air dan rumah pam.

"Mersing amat memerlukan rumah pam sebagai langkah mencegah banjir jangka pendek. Oleh itu, saya luluskan serta-merta peruntukan RM10.5 juta bagi projek berkenaan, setiap satunya bernilai RM3.5 juta. Ia akan disalurkan menerusi peruntukan sedia ada daripada Nadma.

"Saya akan koordinasikan perkara ini dengan Menteri Besar Johor, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Pegawai Daerah Mersing dan Jurutera Kanan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta lain-lain agensi pelaksana," katanya, dan menambah kerajaan negeri telah memaklumkan bahawa Mersing memerlukan RM2.3 bilion bagi mengatasi masalah banjir menerusi pelan jangka panjang.

"Bagaimanapun, mereka (buat masa ini hanya) memohon peruntukan sekurang-sekurangnya RM50 juta untuk disalurkan kepada kerajaan negeri dan daerah melalui JPS, bagi pelan jangka sederhana untuk membina tebatan banjir di kawasan-kawasan rendah di daerah ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid turut melawat PPS di Sekolah Kebangsaan Bandar Mersing, dan mendengar taklimat situasi banjir di daerah itu, termasuk pelan mitigasi seperti rancangan tebatan banjir di lembangan Sungai Mersing dan Sungai Tenglu Besar yang disampaikan oleh jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran daerah Md Shahril Md Shamsudin. 

Setakat ini hanya tiga negeri dilanda banjir dengan jumlah mangsa tertinggi dicatatkan di Sabah, dengan jumlahnya melebihi 2,500 diikuti Johor dan Pahang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

3

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

4

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 21 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 52 minit yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad