web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Kecam Keganasan Israel, Sifatkan Serangan Pelanggaran Jelas Undang-Undang Antarabangsa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2023 5:57PM

Jenayah kejam itu adalah yang terbaru dalam misi pencerobohan berterusan Israel di wilayah Palestin, sekaligus mengakibatkan kematian dan kecederaan rakyat. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya keganasan dilakukan Israel ke atas penduduk dan kem pelarian di Jenin, Palestin, sehingga mencedera serta mengorbankan rakyat negara berkenaan.

Kementerian Luar menerusi kenyataannya menegaskan, jenayah kejam itu adalah yang terbaru dalam misi pencerobohan berterusan Israel di wilayah Palestin berkenaan, sekaligus mengakibatkan kematian dan kecederaan rakyat.

Menurutnya, tentera Israel dan pelaku jenayah kejam terbabit mesti bertanggungjawab, selain mangsa serta keluarga mereka berhak mendapat keadilan.

“Anggota masyarakat antarabangsa yang bertanggungjawab dan pihak keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mesti segera bertindak balas terhadap pencerobohan terbaru Israel ini.

“Ia adalah satu pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa, termasuk hak asasi manusia dan undang-undang kemanusiaan,” menurut kenyataan itu hari ini.

Katanya, tindakan itu adalah fakta diketahui bahawa sikap keras dan pencerobohan Israel terhadap rakyat Palestin, terus menjadi penghalang sebenar untuk mencari langkah komprehensif, adil, berkekalan serta aman, terhadap penyelesaian konflik Palestin-Israel.

“Malaysia berpegang pada pendiriannya sejak sekian lama bahawa rakyat Palestin mempunyai hak ke atas diri mereka sendiri.

“Ia negara merdeka, berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin,” katanya.

Sekurang-kurangnya lapan terbunuh, manakala 10 cedera dalam kejadian tembakan di sebuah penempatan di Baitulmaqdis Timur pada malam Jumaat, seperti dilaporkan Kementerian Luar Israel menerusi ciapan di Twitter.

Manakala menurut laporkan media, Xinhua, jurucakap perkhidmatan kecemasan Israel, Magen David Adom memaklumkan, beberapa orang dirawat kerana mengalami kecederaan serius, manakala penyerang ditembak mati.

Pada masa sama, media Israel melaporkan bahawa serangan bermula di rumah ibadat sebelum ‘merebak’ ke jalanan.

Insiden itu berlaku beberapa jam selepas pejuang Palestin dari Semenanjung Gaza melancarkan roket ke Israel.

Ketegangan memuncak sejak tentera Israel membunuh sembilan rakyat Palestin, termasuk seorang wanita berusia 61 tahun dalam serbuan di kem pelarian Jenin di Tebing Barat pada Khamis lalu.

Israel mendakwa serbuan itu dilakukan untuk menggagalkan ‘skuad pengganas’ yang merancang menyerangnya. – Getaran, 28 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Rusuhan Di Bangladesh: Pelajar Malaysia Dipindahkan Ke Suruhanjaya Tinggi

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Wisma Putra Pantau Rapat Insiden Tembakan Masjid Di Oman

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Angka Korban Serangan Israel Di Gaza Cecah 36,550 Orang

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad