web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KPM Ambil Tindakan Pemulihan Interim Bagi Aplikasi MOEIS dan idME

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2023 7:03AM

Tangkapan layar laman Sistem Pengurusan Identiti (idME)

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengambil tindakan penambahbaikan pada peringkat rangka kerja (framework) pangkalan data dan pengaturcaraan beberapa  aplikasi kementerian susulan gangguan capaian sistem mula dikesan pada 15 Jan lalu.

KPM, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan isu gangguan tersebut termasuk Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) dan Sistem Pengurusan Identiti (idME) yang merupakan Sistem Daftar Diri Tunggal bagi setiap pengguna aplikasi KPM.

“Langkah tindakan pemulihan interim pada pangkalan data serta sistem aplikasi terlibat telah diambil dan telah dapat mengatasi salah satu isu yang dikenal pasti iaitu konflik capaian di antara idMe dan modul aplikasi MOEIS namun begitu gangguan kepada sistem dikesan berlaku semula secara berulang,” menurut KPM.

Menurut kementerian itu, gangguan capaian sistem itu adalah disebabkan capaian trafik yang amat tinggi daripada pengguna sistem iaitu para guru yang sedang melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara dalam talian.

KPM memaklumkan  sehingga hari ini, prestasi capaian adalah semakin baik namun ia masih belum pulih sepenuhnya dan pemantauan prestasi capaian sistem serta tindakan pemulihan diteruskan secara rapat dan segera bagi memastikan isu gangguan dapat diatas secara menyeluruh.

Menurut kenyataan itu, para guru juga  mempunyai tempoh sehingga 10 Mac depan untuk melaksanakan aktiviti perekodan dan pelaporan PBD sebagaimana yang termaktub dalam Jadual Kerja PBD Akhir Sesi Akademik 2022/2023. 

“KPM memahami kesulitan yang dihadapi oleh para guru dan memohon maaf atas masalah tersebut serta akan memastikan supaya prestasi capaian aplikasi KPM adalah tahap cemerlang,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Pelajar Maut, KPM Arah IPG Henti Semua Aktiviti Ekstrem, Sukan Air

2

Pendidikan 2 bulan yang lalu

Tangguh Aktiviti Luar Jika Suhu Lebih 35 Selsius - KPM

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Sekolah Padat: KPM Rangka Intervensi Jangka Panjang, Pendek - Fadhlina

4

Semasa 2 tahun yang lalu

97.8 Peratus Projek Penyelenggaraan Tandas Sekolah Siap Sepenuhnya

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan