web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zeti Akan Bersara Daripada PNB Pada Akhir Penggal 3 Tahunnya

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2021 12:50PM

Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengumumkan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz secara rasmi telah menulis surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) bagi menyatakan hasrat untuk tidak memperbaharui tempoh jawatan sebagai pengerusi kumpulan selepas menamatkan penggal tiga tahunnya pada 30 April, 2021.

Zeti berkata kesempatan berkhidmat sebagai pengerusi kumpulan PNB selama tiga tahun merupakan satu penghormatan buatnya dengan PNB telah melaksanakan agenda transformasi organisasi dalam tempoh yang mungkin paling mencabar dan transformatif pernah dialami.

“Hari ini, agenda transformasi ini telah mendorong potensi peningkatan prestasi dan inovasi yang lebih besar, serta kecekapan yang lebih tinggi.

“PNB kini berada dalam kedudukan teguh untuk melakukan yang lebih baik lagi pada masa depan dan meraih penciptaan nilai jangka panjang yang disasarkan demi para pemegang unit kami,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan PNB pada Khamis.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Ahmad Zulqarnain Onn berkata bagi pihak lembaga pengarah, pasukan kepimpinan dan seluruh warga kerja PNB, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Zeti atas kepimpinan berwawasan dan sumbangan yang tidak ternilainya kepada PNB, Amanah Saham Nasional Bhd dan syarikat kumpulan PNB sepanjang tiga tahun itu.

“Beliau membawa bersamanya hampir empat dekad pengalaman dalam perkhidmatan awam dan pengukuhan institusi, yang telah memberi banyak manfaat kepada PNB,” katanya.

Menurut PNB, pelantikan pengerusi kumpulan yang baharu akan diputuskan oleh YPB dalam masa terdekat.

Ia menambah, sejak pelantikan pada 2018, Zeti telah memacu perjalanan transformasi PNB, yang telah menyaksikan institusi ini mencapai kemajuan besar dalam tiga bidang utama.

Pertama, usaha kepelbagaian ke dalam kelas aset dan pasaran global yang lebih luas mendorong  pendedahan PNB dalam aset antarabangsa meningkat kepada 12.3 peratus pada akhir 2020 sekali gus mengukuhkan portfolio pelaburannya daripada hanya tertumpu dalam ekuiti domestik, jelasnya.

“Kedua, PNB telah berjaya mengukuhkan keupayaan pengurusan risiko dan kecairannya, dengan fokus menurunkan peratusan pegangan tunai yang tinggi hasil daripada pengurusan pendedahan risiko pertukaran asing yang lebih besar.

“Akhir sekali, PNB telah memulakan transformasi organisasi di seluruh kumpulan yang telah menghasilkan inovasi digital, kecekapan operasi dan pengembangan bakat menerusi pelbagai inisiatif,” tambah syarikat pengurusan dana terbesar Malaysia itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

3

Politik 1 tahun yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad