web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


10 Setiausaha Politik Kepada Menteri Kabinet Angkat Sumpah Simpan Rahsia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2023 4:19PM

Upacara mengangkat sumpah 10 setiausaha politik kepada menteri Kabinet turut disakikan oleh Anwar (kanan) di Putrajaya hari ini. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 10 setiausaha politik kepada menteri Kabinet hari ini mengangkat sumpah simpan rahsia.

Menerusi perkongsian di Facebook, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata upacara berkenaan berlangsung di Putrajaya pagi tadi.

Beliau menyaksikan upacara mengangkat sumpah itu yang bermula dengan Muhammad Kamil Abdul Munim yang dilantik sebagai setiausaha politik kepada Menteri Kewangan.

Turut mengangkat sumpah sebagai setiausaha politik ialah Datuk Hamzah Brahim (Menteri Perladangan dan Komoditi), Yuhaizad Abdullah (Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan), Datuk Ton Zalani Mat Darus (Menteri Pertahanan) dan Datuk Rizam Ismail (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri).

Datuk Suraya Yaacob pula mengangkat sumpah simpan rahsia sebagai setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Akmal Zharif Ahmad Kamal (Menteri Luar Negeri), Dr Stephen Anak William (Menteri Perpaduan), Arul Kumar Jambunathan (Menteri Pengangkutan) dan Yap Yee Vonne (Menteri Belia dan Sukan). 

"Semoga mereka dapat laksanakan amanah yang diberikan ini dengan ikhlas dan penuh berintegriti," kata Anwar.

Upacara mengangkat sumpah simpan rahsia itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad