web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Landasan Bengkok: Perkhidmatan LRT Stesen Bandaraya dan Stesen Masjid Jamek Dihenti Sementara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2023 3:06PM

LRT laluan Ampang antara Stesen Bandaraya dan Stesen Masjid Jamek kini dihentikan sementara, akibat penjajaran landasan bengkok. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang antara Stesen Bandaraya dan Stesen Masjid Jamek kini dihentikan sementara, akibat penjajaran landasan bengkok.

Rapid Rail menerusi kenyataannya memaklumkan, keputusan untuk menghentikan perkhidmatan di antara dua stesen tersebut dibuat selepas mengambil kira faktor keselamatan.

Katanya, buat masa ini, siasatan ke atas kekukuhan dan keselamatan struktur jejambat, selain punca sebenar sedang dijalankan pihak kejuruteraan Rapid Rail bersama jurutera dari Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Siasatan dan pemerhatian awal APAD mendapati terdapat sebuah projek pembangunan bersebelahan kawasan kejadian yang mula dijalankan tanpa sebarang rundingan dengan APAD, di bawah Peraturan-Peraturan Kereta Api (Zon Perlindungan Kereta Api) 1998 [P.U. (A) 367].

“Namun, kepastian ke atas punca sebenar serta keselamatan dan kekukuhan struktur jejambat masih lagi disiasat, sebelum sebarang keputusan untuk mengembalikan perkhidmatan kepada normal dapat dibuat,” menurut kenyataan itu.

Jelasnya, perkhidmatan tren alternatif sudah diaktifkan.

Tren dari Stesen Putra Heights dan Stesen Ampang, katanya, berpatah balik di Stesen Hang Tuah, sementara tren dari Stesen Sentul Timur akan berpatah balik di Stesen Bandaraya.

Manakala, ujarnya, perkhidmatan tren perantara atau ulang-alik di antara Stesen Hang Tuah dan Stesen Masjid Jamek diaktifkan.

Bagi menampung penumpang dan memudahkan pergerakan mereka, Rapid KL berkata, perkhidmatan 23 bas alternatif sudah dilancarkan.

Perkhidmatan itu, katanya, adalah di Stesen Bandaraya ke Stesen Plaza Rakyat, Stesen Plaza Rakyat ke Stesen Bandaraya, Stesen Sentul Timur ke Stesen Bandaraya, Stesen Bandaraya ke Stesen Sentul Timur, Stesen Hang Tuah ke Stesen Bandaraya dan Stesen Bandaraya ke Stesen Hang Tuah.

“Anggota polis bantuan juga sudah digegaskan ke stesen utama bagi mengawal kesesakan.

“Rapid Rail memohon maaf di atas kelewatan ini dan kesulitan dialami penumpang. Keselamatan para penumpang menjadi keutamaan pihak kami,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan perkhidmatan LRT Laluan Ampang mengalami kelewatan sejak pagi tadi akibat penjajaran landasan yang bengkok berhampiran stesen Bandaraya.

Pemerhatian awal Rapid Rail menunjukkan, kelewatan atas faktor keselamatan itu, adalah disebabkan kerosakan struktur jejambat di kawasan berkenaan.

Justeru, Rapid Rail berkata, perkhidmatan LRT Ampang akan dijalankan dengan kelajuan berkurangan.

“Ia akan menyebabkan kelewatan perkhidmatan sembilan minit di dalam Daerah Pusat Perniagaan, manakala 18 minit di luar Daerah Pusat Perniagaan,” katanya. – Getaran, 27 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

4 Stesen Monorel Ditutup Sementara - Rapid Rail

2

Semasa 2 tahun yang lalu

35 Laluan Bas Rapid KL Terlibat Dalam Penyelarasan Operasi Bermula Hari Ini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Projek LRT Tidak Jejas Status Georgetown Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Pestabola Merdeka: Operasi LRT Bukit Jalil Dilanjutkan Hingga 12.30 Tengah Malam Sabtu

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 3 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar