Berita Terkini

17 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kerajaan Putuskan Tindakan Tarik Semakan Kes Pulau Batu Puteh Tak Wajar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2023 2:24PM

Pulau Batu Puteh - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan berpendapat bahawa tindakan untuk menarik balik kedua-dua permohonan semakan berhubung keputusan kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan antara Malaysia dengan Singapura serta permintaan tafsiran ke atas perkara sama adalah tidak teratur dan tidak wajar.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkata, ia berdasarkan laporan Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan (Pasukan Petugas Khas) yang dibentangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Januari lalu.

Bagaimanapun, ujarnya, kerajaan menghormati keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam kes kedaulatan berkenaan pada 23 Mei 2008.

“Jabatan Peguam Negara sedang mengkaji syor dibuat Pasukan Petugas Khas tersebut, termasuk isu berkaitan dengan tort misfeasans (tort of misfeasance in public office) dan akan mengambil tindakan perlu bagi melaksanakan keputusan dibuat Jemaah Menteri,” katanya menerusi kenyataan.

Idrus berkata, isu Pulau Batu Puteh sangat penting kerana ia melibatkan kepentingan strategik dan kedaulatan negara.

Tegasnya, dalam hal itu, kerajaan akan terus memastikan kepentingan dan kedaulatan Malaysia sentiasa dilindungi serta terpelihara,” katanya.

Kemelut perebutan hak serta kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh yang terletak antara Malaysia dan Singapura selama beberapa tahun, membawa isu itu diadili ICJ.

Selepas dibicarakan, pada 23 Mei 2008, ICJ memutuskan Singapura memiliki hak ke atas Pulau Batu Puteh, manakala pemilikan Batuan Tengah yang terletak hanya kira-kira 600 meter dari pulau itu diserahkan kepada Malaysia.

Hak milik Tubir Selatan yang berlokasi kira-kira empat kilometer dari Pulau Batu Puteh pula akan ditetapkan mengikut persempadanan negara menguasainya.

Keputusan itu membuatkan Malaysia memfailkan permohonan semakan pada 2 Februari 2017 dan 30 Jun 2017 untuk memohon supaya ICJ mentafsirkan semula penghakiman berhubung kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah serta Tubir Selatan.

Permohonan semakan tersebut difailkan berdasarkan penemuan baharu Malaysia melalui tiga dokumen penting yang menunjukkan bahawa pegawai tertinggi Singapura, tidak pernah menganggap mereka memperoleh kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh daripada Johor.

Pada 29 Oktober lepas, Kabinet pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas bagi membuat semakan semula mengenai undang-undang berhubung isu membabitkan Pulau Batu Puteh, ekoran keputusan Kerajaan Persekutuan ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2018 untuk tidak meneruskan permohonan semakan semula kes pulau itu di ICJ.

Pasukan itu ditubuhkan bertujuan membuat kajian menyeluruh, meneliti dan mencadangkan pilihan bersesuaian berdasarkan pandangan daripada pakar perundangan antarabangsa. – Getaran, 27 Januari 2022

Sorotan

1

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

2

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

3

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

4

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

5

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

6

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

7

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Fahmi Arah MCMC Ambil Tindakan Terhadap Pengguna TikTok Sebar Video Berbaur Fitnah

Semasa 1 hari yang lalu

Gangguan Kuasa Jejas Kekerapan Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya

Semasa 1 hari yang lalu

MCMC Rakam Keterangan Chegubard, Salim Iskandar, Papagomo Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang