web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sering Dilanda Banjir, Agensi Digesa Selenggara Segera Sistem Pengurusan Bah Kota Samarahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2023 11:05AM

Luruan Monsun Timur Laut yang membawa hujan lebat berterusan pada musim tengkujuh seringkali mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) dan agensi kerajaan berkaitan digesa membuat penyelenggaraan berjadual lebih kerap serta menaiktaraf ban sungai segera di Kota Samarahan yang sering dilanda banjir.

Ketua Cabang Keadilan Kota Samarahan, Mahmud Epah berkata, agensi terbabit juga diminta mengkaji mekanisma dan mengaplikasikan sistem pengurusan banjir secara efektif bagi menyelesaikan masalah itu kawasan berhampiran sungai di situ.

“Luruan Monsun Timur Laut yang membawa hujan lebat berterusan pada musim tengkujuh seringkali mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai.

“Rata-rata penempatan Kampung sekitar Kota Samarahan terletak berhampiran sungai dan ini mendedahkan mereka kepada musibah banjir, sehingga mengakibatkan kerosakan harta benda serta kerugian kepada penduduk,” katanya menerusi kenyataan.

Mahmud berkata, tinjauan sudah dibuat hasil daripada makluman penduduk yang terkesan banjir di sekitar Kota Samarahan bagi mengenalpasti punca dan faktor menyebabkan limpahan air sungai tidak dapat dikawal.

Katanya, antara punca dikenalpasti adalah ban sungai pecah dan terlalu rendah akibat mendapan serta hakisan tanah.

Beliau berkata, ia juga kerana sistem perparitan kampung tidak dinaiktaraf dan diselenggara.

“Ini mengakibatkan air masuk ke kawasan rumah tiada alur aliran keluar,” katanya. – Getaran, 27 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad