web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Adakah 3 Tokoh Penting UMNO Antara Senarai Bakal Dipecat?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2023 9:21AM

Mesyuarat MKT UMNO malam ini dikatakan akan menentukan nasib dan status keahlian sekurang-kurangnya tiga pemimpinan kanan UMNO. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya tiga pemimpin kanan UMNO berdepan kemungkinan dipecat daripada parti itu dan ia mungkin diketahui malam ini.

Menurut sumber, ketiga-tiga mereka adalah antara senarai panjang nama ahli UMNO yang disebut lembaga disiplin parti untuk dikenakan tindakan tegas.

Bagaimanapun, keputusan muktamad berhubung perkara itu akan dibuat Majlis Tertinggi yang akan bermesyuarat di ibu pejabat parti malam ini.

Sumber yang enggan dikenali memaklumkan kepada The Vibes, nama disebut Lembaga Disiplin UMNO untuk dikenakan tindakan itu adalah berdasarkan kelakuan individu tersebut yang bertindak mengancam untuk mencemarkan imej parti.

“Ramai yang akan dipecat termasuk tiga nama berprofil tinggi,” katanya malam tadi.

Kenyataan beliau dibuat selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu bahawa Majlis Tertinggi akan menentukan nasib mantan Ketua Pemuda parti itu, Khairy Jamaluddin.

Khairy, yang tewas di kerusi Parlimen Sungai Buloh pada PRU-15, menggesa Ahmad Zahid meletak jawatan selepas UMNO mengalami prestasi pilihan raya paling teruk dalam sejarah penubuhannya.
Khairy, yang tewas di kerusi Parlimen Sungai Buloh pada PRU-15, menggesa Ahmad Zahid meletak jawatan selepas UMNO mengalami prestasi pilihan raya paling teruk dalam sejarah penubuhannya.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, turut mengesahkan bahawa tindakan tatatertib tidak akan hanya tertumpu kepada Khairy, sebaliknya menyatakan bahawa ‘pembersihan besar-besaran parti’ mungkin dilakukan.

“Semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) lalu, saya katakan kita (UMNO) akan melakukan pembersihan besar-besaran (melibatkan) mereka yang mensabotaj parti, calon kita, malah diri mereka sendiri semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

''Bersar-besaran’ bermakna ahli akan dipecat. Saya tidak boleh memaklumkan semua butiran sehingga masa sesuai,” katanya.

Sebelum ini, Khairy, yang tewas di kerusi Parlimen Sungai Buloh pada PRU-15, menggesa Ahmad Zahid meletak jawatan selepas UMNO mengalami prestasi pilihan raya paling teruk dalam sejarah penubuhannya.

Semasa berkempen pada PRU-15, Khairy juga berkata, UMNO di bawah pimpinan Ahmad Zahid sudah hilang arah dan memerlukan ‘pembersihan’.

Khairy juga antara mereka yang menentang keputusan parti yang menetapkan dua jawatan tertingginya tidak bertanding pada pemilihan, malah mendakwa terdapat ‘perwakilan hantu’ dibawa masuk ke PAU baru-baru ini untuk mengundi usul tidak bertanding.

Ahmad Zahid sebelum ini memaklumkan akan ada pembersihan besar-besaran terhadap mereka yang mensabotaj parti dan calon pada pilihan raya umum lalu.
Ahmad Zahid sebelum ini memaklumkan akan ada pembersihan besar-besaran terhadap mereka yang mensabotaj parti dan calon pada pilihan raya umum lalu.

Seorang lagi ahli dalaman parti yang juga enggan dikenali berkata, syor dibuat Lembaga Disiplin UMNO untuk memecat beberapa ahli, termasuk berprofil tinggi adalah wajar, sambil menambah beliau yakin Majlis Tertinggi akan mematuhi nasihat berkenaan.

Katanya, ia susulan pelanggaran dilakukan ahli terbabit, termasuk membuat sabotaj dalaman UMNO dan percubaan terang-terangan menggugat parti serta kepimpinannya.

“Saya menyokong penuh tindakan disyorkan itu.

“Ini adalah pengajaran kepada semua, termasuk mereka di peringkat atas parti. Sekurang-kurangnya sekarang, semua pemimpin akan lebih berhati-hati dengan apa yang mereka katakan dan lakukan,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, pada Disember lalu, UMNO memecat mantan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang juga penyokong kuat kerjasama Barisan Nasional (BN) dengan Perikatan Nasional (PN) atas alasan beliau mencemarkan nama parti.

Beliau antara lain secara terbuka meminta Ahmad Zahid untuk tidak menentang keputusan UMNO sebelum ini yang tidak mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Pada Oktober tahun lalu, seorang lagi tokoh besar UMNO, mantan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, digantung daripada parti kerana mengkritik presidennya secara terbuka. – The Vibes, 27 Januari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 22 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 2 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam