web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kos Haji: Kerajaan Akan Berbincang Dengan Pengendali Hotel Di Makkah, Madinah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2023 6:00PM

Kadar hotel di Makkah dan Madinah adalah di luar kawalan kerajaan Arab Saudi dan perkara berkenaan dimaklumkan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan baru-baru ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan Malaysia dan Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengadakan perbincangan dengan pengendali hotel di Makkah dan Madinah dalam masa terdekat berhubung kadar bilik penginapan dalam usaha mengawal atau mengurangkan kos menunaikan ibadah haji tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata kenaikan kadar hotel di Makkah dan Madinah adalah di luar kawalan kerajaan Arab Saudi dan perkara berkenaan dimaklumkan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabia kepadanya baru-baru ini.

"Beliau (Tawfiq Fawzan) berkata itu (kadar hotel) di luar kawalan beliau, dan (kita) kena tanya kepada pemilik-pemilik hotel di sana," katanya kepada media selepas Pengumuman Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat Wilayah Persekutuan Bagi Tahun 2022, di sini hari ini.

Pada 16 Jan lepas, media melaporkan kos menunaikan haji secara muassasah tahun ini dijangka meningkat kepada lebih RM31,000, peningkatan kira-kira RM2,368 berbanding RM28,632 kos sebenar setiap jemaah pada musim lepas.

Ditanya kenaikan kos umrah sehingga RM10,000 ketika ini berbanding kira-kira RM7,000 sebelum ini, Mohd Na'im berkata perkara itu berkemungkinan turut disumbangkan oleh kenaikan kadar hotel di Arab Saudi.

Sehubungan itu, beliau menyarankan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), yang terlibat dalam kawal selia umrah, untuk mengadakan perbincangan dengan pengendali hotel di Arab Saudi berkenaan kadar penginapan di sana. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PPKL TH Nadi Keselamatan Jemaah Haji Di Kota Suci

2

Jelajah 1 tahun yang lalu

Mercure Penang Beach Sesuai Untuk Bermalas-Malasan!

3

Jelajah 1 tahun yang lalu

2 Hotel Mampu Inap Di Jakarta, Dekat Tempat Makan Dan Beli-Belah

4

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Semoga Mereka Memperoleh Haji Mabrur

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 minit yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad