web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Digesa Ambil Alih Operasi Sistem Kemasukan Pekerja Asing, Tamatkan ‘Polisi Rekrut’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2023 4:47PM

PAPSMA membantah amalan monopoli dipraktikkan sesetengah agensi menerusi sistem digital pengambilan pekerja asing sedia ada. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) membantah amalan monopoli dipraktikkan sesetengah agensi menerusi sistem digital pengambilan pekerja asing sedia ada. 

Setiausaha Agungnya, Dr Sukumaran Nair berkata, menerusi pemerhatiannya, monopoli itu dilakukan dengan menggunakan sindiket terdiri daripada agensi pekerjaan negara sumber tertentu untuk mengeksploitasikan kemasukan buruh asing, khususnya dari Bangladesh.

“Walaupun ribuan kelulusan sudah diberikan, pekerja yang tiba untuk bekerja adalah begitu rendah jumlahnya,” katanya menerusi kenyataan. 

Justeru, pihaknya menggesa kerajaan mengambil alih operasi sistem digital dan memperincikan struktur proses pengambilan pekerja asing dengan serta-merta. 

Ujarnya, kerajaan turut digesa menamatkan polisi merekrut sesetengah agensi pekerja asing dari negara sumber tertentu, memandangkan ia tidak dijalankan dengan cara teratur dan mengikut lunas polisi kerajaan sedia ada. 

“Oleh yang demikian, mungkin unsur rasuah kelihatan berlaku dalam pengambilan pekerja asing di Malaysia dengan ketara.

“Disebabkan kerajaan baharu kita mengambil berat mengenai gejala rasuah dan monopli golongan tertentu untuk mengeksploitasikan pekerja asing yang miskin, kami menyeru sistem sedia ada dikaji serta distrukturkan semula secara terperinci mengikut undang-undang sedia ada,” katanya. 

Sementara itu, tambahnya, PAPSMA menyeru kementerian berkaitan, seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM), supaya mengambil berat berhubung etika serta polisi semasa kerajaan dalam pengrekrutan pekerja asing. 

Pada masa sama, beliau menegaskan, kementerian berkaitan itu juga perlu menghindarkan mana-mana negara asing yang terlibat supaya tidak menggangu proses dan protokol negara ini. 

Sukumaran berkata, pihaknya akan menyokong dan bekerjasama dengan kerajaan bagi membendung sebarang aktiviti tidak diigini dalam proses pengrekrutan pekerja asing ke negara ini.

Katanya, ia sekali gus menamatkan segala proses monopoli dan eksploitasi pekerja asing dari mana-mana negara dibenarkan untuk membekal kepada majikan di Malaysia. 

“PAPSMA juga menyeru agar kementerian terlibat mengadakan sesi dialog dan perjumpaan agar berita serta infomasi sebenarnya, diketahui pucuk pimpinan kementerian yang baharu dilantik di bawah Kerajaan Perpaduan ini,” katanya. - Getaran, 26 Januari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek