web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konsep Madani Sebenar Berpandukan al-Quran, Rasulullah, Jika Tidak Pasti Gagal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2023 4:19PM

Abdul Hadi Awang - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perkataan madani yang berasal daripada bahasa Al Quran hendaklah diterjemahkan dengan makna sahih secara beramanah dengan ilmu Islam, sumber ilmu yang wajib dipelihara, disampaikan dan diamalkan mengikut perintah Allah SWT.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, konsep madani yang sebenar berjaya dilaksanakan Rasulullah SAW berpandukan nas dan ijtihad, berkonsepkan siasah syar‘iyyah dan maqasid al-syari‘ah dari aspek tadbir urus dalam menangani realiti yang sentiasa mengalami perubahan.

Justeru, katanya, acuan madani yang tidak berasaskan acuan Allah SWT dan Rasulullah SAW pasti akan menuju kegagalan sama, sepertimana tamadun sebelumnya dan tamadun moden yang sedang membakar dirinya sekarang.

“Umat Islam tidak boleh terpengaruh dengan konsep Civil Society yang dibawa oleh mereka yang tidak beriman seperti Thomas Paine, John Locke, Jean-Jacques Rousseau, Montesquieu, Adam Smith, Karl Marx dan lain-lain.

“Syeikh Abul Hasan ‘Ali al-Nadwi RH pernah menegaskan konsep Negara Hidayah, bukan Negara Jibayah.

“Negara Hidayah dengan maksud sebuah negara yang mengikuti jalan lurus, manakala negara Jibayah membawa maksud negara berpandukan kepada asas materialistik semata-mata,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Jelas beliau, Al-Farabi juga pernah memperkenalkan istilah Al-Madinah al-Fadilah yang dikatakan sebagai reaksi kepada falsafah Aristotle daripada karyanya, ‘The Republic’.

Katanya, Al-Farabi menegaskan bahawa dalam usaha melakukan perubahan untuk menjadi negara berkonsep madani tidak boleh dijayakan dengan gejala rasuah, salah laku, salah urus, zalim, pengabaian integriti dan lain-lain.

“Ibn Khaldun RH pula memperkenalkan perkataan madani dalam ilmu politik dan kemasyarakatan melalui kitabnya yang terkenal, al-Muqaddimah.

“Dijelaskan dalam karya tersebut, beliau menyatakan bahawa manusia itu secara tabiinya bersifat madani,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Marang itu berkata, Rasulullah SAW menukar nama tempat hijrah daripada Yathrib atau Taibah kepada perkataan Madinah supaya menjadi panduan bagi menegakkan sebuah masyarakat madani.

Ujarnya, Rasulullah SAW berhijrah serta menghimpunkan kedua-dua bentuk umat, iaitu umat Islam dan umat manusia yang hidup bermasyarakat majmuk di Madinah, lalu suasana sedemikian diuruskan dengan pelaksanaan Islam yang sempurna.

Khamis lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan slogan ‘Membangun Malaysia Madani’ bagi mencipta lonjakan baharu kepada negara.

Konsep Madani menggambarkan kepercayaan yang dicerna antara kerajaan dan rakyatnya berdasarkan pada asas ketelusan dan kerjasama.

Ia akan menggantikan konsep ‘Keluarga Malaysia’ ketika pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Membangun Malaysia Madani terdiri daripada enam tonggak dasar, iaitu M (keMampanan), A (kesejAhteraan), D (Daya cipta), A (hormAt), N (keyakiNan) dan I (Ihsan).

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, konsep Madani dirangka sebagai ikhtiar untuk memetakan strategi pentadbiran negara secara berkesan, menekankan kepada pemerkasaan ekonomi dan budaya, yang berteraskan nilai, etika atau akhlak.

Ujarnya, konsep itu dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW dan didukung msayarakatnya yang berbilang kaum dan agama dalam mengacu pada dasar manfaat buat warganya yang disebut al-khayr. – Getaran, 26 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Luang Masa Lawat Pameran Era Pasca Normal Madani

2

Politik 2 tahun yang lalu

Bukan UMNO Runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Skim Perubatan MADANI Tampung Keperluan Kesihatan - Penerima

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Falsafah Madani Tidak Mampan Jika Transformasi Teknologi Tidak Disertai Ihsan

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad