Berita Terkini

2 jam yang lalu: Shamala letak jawatan Timbalan Presiden MHC 4 jam yang lalu: Peruntukan mengenai sebarang perolehan aset baharu hanya diketahui ketika Belanjawan 2023 4 jam yang lalu: Penyerang Colombia berusia 34 tahun, taruhan terbaharu Selangor FC 4 jam yang lalu: Risiko banjir kilat di 3 negeri dalam tempoh 12 jam 4 jam yang lalu: Kerajaan luluskan peruntukan RM10.5 juta serta merta untuk bina tiga pam air dan rumah pam di Mersing bagi atasi masalah banjir - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


Banjir Di 3 Negeri Bertambah Buruk, Jumlah Mangsa Terus Meningkat

Semasa Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2023 12:19PM

Bomba mengangkat warga emas Dodie dray, 79, ke dalam bot untuk dipindahkan selepas rumahnya dinaiki air di Kampung Rancangan Cocos, Pamol hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di tiga negeri iaitu Sabah, Johor dan Pahang bertambah buruk berikutan hujan berterusan menyebabkan pertambahan bilangan mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), selain Sarawak menjadi negeri terbaharu dilanda bencana itu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pagi ini memaklumkan keadaan hujan dijangka terus berlaku di beberapa tempat di Kudat, Tawau, Sandakan, Pantai Barat dan pedalaman Sabah, selain di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Di SABAH, jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat mendadak kepada 6,313 orang yang ditempatkan di 26 PPS di lima daerah setakat 8 pagi ini, berbanding 1,421 orang pada 8 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan mangsa banjir teramai adalah di Kota Marudu dengan 4,784 orang daripada 1,731 keluarga yang berlindung di 11 PPS, manakala 761 orang (203 keluarga) dipindahkan ke tiga PPS di Kudat.

Selain itu, seramai 406 orang (162 keluarga) ditempatkan di empat PPS di Pitas, diikuti 344 orang (88 keluarga) di tujuh PPS di Paitan manakala Lahad Datu, yang menjadi daerah terbaharu dilanda banjir mencatatkan 18 mangsa (tiga keluarga) yang berada di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Terusan.

Menurut kenyataan itu, 153 orang daripada 50 keluarga yang sebelum ini ditempatkan di PPS Rumah Ketua Kampung Sinasak Batu dan Surau Kampung Sibuang telah diarah berpindah ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan 2 kerana PPS asal berisiko banjir.

Di JOHOR, angka mangsa banjir di tujuh daerah iaitu Pontian, Kota Tinggi, Kluang, Segamat, Mersing, Batu Pahat dan Muar, turut mencatatkan pertambahan kepada 5,455 orang melibatkan 55 PPS setakat 8 pagi ini, berbanding 5,000 orang yang direkodkan setakat 10 malam tadi.

Menurut JPBN negeri itu, Segamat terus mencatatkan angka tertinggi mangsa seramai 1,801 orang daripada 504 keluarga yang ditempatkan di 21 PPS, diikuti Kluang dengan 1,256 orang (353 keluarga) di 12 PPS dan Mersing 1,153 orang (347 keluarga) di tujuh PPS.

Di Kota Tinggi, seramai 738 orang (179 keluarga) dipindahkan ke tujuh PPS, Batu Pahat dengan 272 orang (74 keluarga) di empat PPS, Muar 217 orang (47 keluarga) di tiga PPS dan Pontian dengan 18 mangsa (empat keluarga) di satu PPS.

Sementara itu, paras air di tiga sungai di negeri itu melepasi paras bahaya iaitu Sungai Muar (di Muara Sungai Gemas) menunjukkan bacaan 19.29 meter (m), Sungai Kahang (di Kampung Contoh) (15.99 m) dan Sungai Endau (2.62 m).

Di PAHANG, mangsa banjir di Rompin yang ditempatkan di tiga PPS meningkat kepada 164 orang daripada 49 keluarga pagi ini, berbanding 138 mangsa daripada 42 keluarga malam tadi.

Sekretariat JPBN melaporkan PPS Kampung Setajam merekodkan mangsa paling ramai iaitu 117 orang diikuti PPS Balai Raya Bukit Lepas dengan 40 orang manakala baki tujuh mangsa berada di PPS Balai Raya Bandar Perwira Jaya.

Laman web portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan Sungai Keratong di Rompin direkodkan pada aras 24.75 m pagi ini, melebihi aras bahaya 23 m yang ditetapkan manakala MetMalaysia pula meramalkan hujan di Rompin sepanjang hari ini.

Sementara itu, SARAWAK menjadi negeri terbaharu dilanda banjir dengan dua PPS dibuka yang menempatkan seramai 53 mangsa daripada 16 keluarga berikutan hujan lebat di daerah Lundu dan Sematan lewat malam tadi.

Menurut JPBN, PPS berkenaan ialah SK Sebat dan Balai Raya Kampung Sebat Dayak, dengan masing-masing mencatatkan 39 dan 14 mangsa.

MetMalaysia turut meramalkan beberapa kawasan di Sarawak antaranya Kuching, Sri Aman, Betong, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang dijangka mengalami cuaca ribut petir pada sebelah petang dan malam ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

Tidak Perlu Laksana Darurat Bencana, Banjir Cuma Libatkan Beberapa Negeri Sahaja - Ahmad Zahid

2

Semasa 10 jam yang lalu

KPM Isi 50 Peratus Kekurangan Guru Di Sarawak Menjelang Mac 

3

Semasa 12 jam yang lalu

8 Termasuk 4 Pegawai Kanan Polis Ditahan Bantu Siasatan Kes Di Tawau

4

Semasa 13 jam yang lalu

Hampir 14,000 Mangsa Banjir Di 3 Negeri Berlindung Di PPS

Sorotan

1

Digantung UMNO: Hishammuddin Luah Rasa, ‘Kezaliman Mereka Tidak Akan Menghapuskan Kebaikan Kita’

2

‘Saya Rela Dipecat Kerana Tak Mahu Bersekongkol Dengan Pemimpin Menguburkan UMNO’ - Noh

3

Dipecat Keahlian UMNO: ‘Saya Tak Kecewa…’ - Khairy

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

‘Saya Rela Dipecat Kerana Tak Mahu Bersekongkol Dengan Pemimpin Menguburkan UMNO’ - Noh

oleh Farhana Farush

Semasa 1 hari yang lalu

Yuran Program Rekalibrasi Tenaga Kerja Kekal RM1,500

Politik 3 jam yang lalu

‘Penggantungan Pun Tidak Ikut Prosedur Ditetapkan, Saya Takkan Gostan’ - Shahril

oleh Farhana Farush

Semasa 16 jam yang lalu

Parlimen Perlu Berasingan Dan Bebas - Rais