web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bengkel SPM: Pendirian, Kenyataan KPM Tak Konsisten Dengan Sekolah - Ibu Bapa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2023 10:18AM

Fadhlina Sidek - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beberapa ibu bapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Infant Jesus Convent di Johor Bahru, Johor mengecam Kementerian Pendidikan (KPM) kerana pendirian ‘tidak konsisten’ mengenai isu penganjuran Bengkel Persediaan Peperiksaan SPM membabitkan pelajar Islam sahaja yang mencetuskan kontroversi.

Lapan ibu bapa yang juga ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah menengah elit terdiri daripada semua pelajar perempuan itu juga berkata, mereka tidak pernah dimaklumkan mengenai bengkel berkenaan dirancang diadakan untuk dua sesi berasingan.

“Kita dapati kenyataan dikeluarkan KPM semalam, tidak konsisten dengan apa diberitahu (pengetua sekolah) Ande Noor (Munawarah Bachok) ketika disoal mengenainya sebelum ini.

“Kedua-dua Bengkel Fasa 1 dan Fasa 2 ini tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat PIBG, atau ada permohonan untuk mendapatkan kelulusan dana untuk program terbabit,” kata mereka menerusi kenyataan.

Menyifatkan perkara itu sebagai ‘pecah amanah serius’, ibu bapa terbabit menyeru PIBG dan pentadbiran sekolah memastikan semua perancangan serta komunikasi masa depan, adalah kolaboratif dan telus bagi mengelak amalan diskriminasi.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor mengadakan mesyuarat pagi semalam bagi menangani isu berkenaan.

Semalam, KPM menafikan dakwaan wujud diskriminasi dalam penganjuran bengkel yang dikatakan hanya untuk pelajar Muslim dan mengetepikan pelajar bukan Islam.

Jelasnya, bengkel itu dibahagikan kepada beberapa sesi bagi mengelak mengganggu sambutan Tahun Baharu Cina bagi pelajar yang meraikan perayaan tersebut.

Menterinya, Fadhlina Sidek kemudian menerima kecaman netizen atas maklum balas kementeriannya, dengan ramai menyuarakan rasa tidak puas hati mereka di Twitter terhadap beliau kerana dikatakan memberi penjelasan ‘separuh masak’ mengenai perkara itu.

Keputusannya menyerahkan perkara itu kepada JPN Johor turut menimbulkan kemarahan orang ramai yang menuduh beliau ‘lepas tangan’ berhubung isu berkenaan.

Sementara itu, kumpulan hak asasi manusia, KOMAS Center berkata, percubaan KPM untuk menangani isu terbabit dengan mendakwa bahawa satu lagi sesi bengkel akan datang adalah ‘tidak jujur’.

“Mengutamakan pelajar berdasarkan etnik mereka sambil mengabaikan orang lain adalah tindakan jelas menunjukkan layanan keutamaan dan diskriminasi kaum.

“Pemilikan dan akauntabiliti yang lebih baik mesti datang daripada kementerian (Fadhlina) yang harus mengambil pendirian serta menangani isu perkauman dan diskriminasi kaum di sekolah,” katanya. - The Vibes, 26 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

2

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Pelajar Maut, KPM Arah IPG Henti Semua Aktiviti Ekstrem, Sukan Air

3

Pendidikan 2 bulan yang lalu

Tangguh Aktiviti Luar Jika Suhu Lebih 35 Selsius - KPM

4

Pendidikan 6 bulan yang lalu

SPM Tidak Dimansuh, Kekal Kelayakan Tamat Sekolah Terpenting - Fadhlina

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 13 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 17 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar