web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Banjir: Lebih 2,000 Pekerja Ladang, Orang Asli 'Terputus Hubungan' Di Kahang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2023 8:02PM

Keadaan salah sebuah rumah penduduk yang dilanda banjir berikutan hujan lebat yang berterusan di Jalan Jabi-Bukit Tempurung, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLUANG - Lebih 2,000 pekerja ladang dan penduduk di perkampungan Orang Asli di Kahang, dekat sini, ‘terputus hubungan’ akibat jalan penghubung ke kawasan berkenaan ditenggelami air akibat banjir, hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata jumlah berkenaan membabitkan 1,700 pekerja di 14 ladang dan 647 penduduk dari enam perkampungan Orang Asli. 

Beliau berkata enam kampung yang terlibat adalah Kampung Orang Asli Pucur, Peroh, Sengka, Air Pasir Batu 17, Berasau dan Sedohok. Pemantauan dan usaha menghulurkan bantuan makanan serta keperluan akan dilakukan pagi esok.

“Bagaimanapun, komunikasi melalui telefon tidak terputus, kami sudah bertanya tentang bekalan makanan, yang dijangka mampu bertahan sehingga esok.

“Kami akan berusaha dapatkan bantuan termasuk helikopter, bergantung keadaan cuaca kerana jarak untuk memasuki kawasan yang terputus itu tidak sampai satu kilometer,” katanya kepada pemberita di Balai Polis Kahang, di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya disertai beberapa lagi agensi akan cuba masuk esok pagi dengan membawa bekalan makanan dan beberapa keperluan lain, yang kini hanya boleh dilalui oleh bot atau helikopter.

Sementara itu,  Kamarul Zaman berkata seramai 12,400 pegawai dan anggota pasukan keselamatan dan penyelamat telah diletakkan dalam keadaan bersiap siaga dalam menghadapi bencana di negeri itu.

Beliau berkata daripada jumlah berkenaan, seramai 8,000 pegawai dan anggota serta 200 kenderaan pelbagai jenis telah digerakkan ke lokasi banjir dan pusat pemindahan sementara (PPS).

“Pasukan keselamatan dan penyelamat ini terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA); Angkatan Tentera Malaysia (ATM); Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM); Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),” katanya.

Sementara itu, pihaknya turut menasihati mangsa banjir agar berpindah ke PPS yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa serta tidak perlu bimbang dangan keselamatan kediaman kerana polis akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar