web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perlu Hati-Hati Guna Akta Kawalan Harga - Rafizi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2023 4:22PM

Rafizi berkata adalah sangat mustahil untuk mana-mana kerajaan menetap dan mengawal harga setiap barangan menggunakan Akta Kawalan Harga. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu berhati-hati menggunakan Akta Kawalan Harga bagi mengelakkan penambahan kos, khususnya dari aspek menggaji lebih ramai penguatkuasa untuk melakukan pemantauan. 

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, adalah sangat mustahil untuk mana-mana kerajaan menetap dan mengawal harga setiap barangan menggunakan akta tersebut.

Menurutnya, kerajaan perlu berhati-hati terhadap dua perkara jika keputusan telah diambil untuk menambah lebih banyak barangan di dalam Akta Kawalan Harga.

"Yang pertama adalah menambah pemantauan bermaksud menambah penguatkuasa. Ia akan menyebabkan penambahan gaji dan pengguna terpaksa membayar lebih cukai untuk menggajikan penguatkuasa tersebut.

"Jika terus mengambil jalan semata-mata dengan menggunakan Akta Kawalan Harga itu, ia akan menyebabkan gangguan kepada bekalan kerana apabila menetapkan harga siling, kerajaan perlu membayar subsidi mengikut kos pengeluaran peniaga.

"Jika tidak berhati-hati, peniaga akan merasakan tidak berbaloi untuk buat benda ini kerana tidak mahu menjual di bawah harga kos, dari segi aliran wang dan lain-lain. Ia akan ada kesan kepada bekalan," katanya pada sidang media Penerbitan Indeks Harga Pengguna (IHP) Disember 2022, di sini hari ini.

 Rafizi Ramli
Rafizi Ramli

Menurut Rafizi, perkara tersebut sedikit sebanyak berlaku ketika krisis bekalan ayam dan telur yang melanda negara tahun lalu.

"Daripada masalah yang bermula dengan harga, kemudian ia menjadi soal ada ke tak ada (bekalan). Kawalan harga itu kalau tidak disusuli dengan menambah bekalan dalam kadar segera ia akan memberi kesan terhadap bekalan," katanya.

Oleh demikian, beliau berkata, jika perkara tersebut sudah diselesaikan dan bekalan sesuatu bahan sudah mencukupi, harga akhir yang dikenakan kepada pengguna perlu melambangkan harga bahan mentah yang sudah mencatatkan penurunan.

"Beberapa agensi kerajaan termasuk Kementerian Ekonomi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sedang merangka strategi baharu terutamanya melibatkan rantaian makanan.

"Strategi tersebut adalah untuk menambah sumber dalam negara agar ia dapat digunakan untuk menggantikan import makanan. Ada beberapa strategi sedang dibangunkan dan akan diumumkan dari semasa ke semasa.

"Langkah jangka panjang juga sedang diteliti untuk membolehkan jaminan bekalan makanan untuk memenuhi permintaan dan seterusnya membantu mengawal kenaikan harga; tetapi kita juga kena pastikan semua pihak peka dengan soal turun naik harga barang," katanya. - Getaran, 25 Januari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 19 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 23 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad