web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harga F&B Di Restoran, Hotel Penyumbang Utama Kadar Inflasi - Rafizi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2023 3:50PM

Rafizi Ramli - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peningkatan harga makanan dan minuman (F&B) di luar rumah terutamanya di restoran dan hotel adalah penyumbang utama kepada kadar inflasi di negara, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, laporan Jabatan Statistik untuk Disember lalu merekodkan, semua komponen utama indeks harga pengguna atau kadar inflasi semakin sederhana kecuali beberapa komponen penting iaitu restoran, hotel dan perumahan, air, elektrik, gas serta bahan api lain.

"Ini yang saya hendak tekankan kerana komponen tersebut membentuk keseluruhan kos ditanggung oleh rakyat iaitu peningkatan harga makanan dan minuman di luar rumah terutamanya di restoran dan hotel adalah penyumbang utama kepada kadar inflasi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Penerbitan Indeks Harga Pengguna (IHP) Disember 2022, hari ini.

Bagaimanapun, Rafizi berkata, keadaan tersebut tidak mencerminkan senario sebenar kerana laporan Jabatan Perangkaan Malaysia untuk Disember 2022 menunjukkan kadar inflasi pada bulan tersebut menurun kepada 3.8 peratus.

Berdasarkan laporan tersebut, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kadar inflasi menunjukkan peningkatan pada Ogos dan September tahun lalu, namun kembali reda pada Disember tahun sama.

"Penurunan itu adalah suatu petanda yang baik, kita harap kadar inflasi kembali normal iaitu sekitar 2 peratus lebih," katanya.

Rafizi berkata pengguna boleh dan perlu memainkan peranan dalam bersama-sama menyuntik keanjalan antara permintaan dan bekalan sesuatu bahan demi mengawal kadar inflasi.
Rafizi berkata pengguna boleh dan perlu memainkan peranan dalam bersama-sama menyuntik keanjalan antara permintaan dan bekalan sesuatu bahan demi mengawal kadar inflasi.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, usaha mengawal kadar inflasi memerlukan kerjasama semua pihak daripada kerajaan, peniaga sehinggalah rakyat secara keseluruhannya.

Tegasnya, pengguna boleh dan perlu memainkan peranan dalam bersama-sama menyuntik keanjalan antara permintaan dan bekalan sesuatu bahan demi mengawal kadar inflasi.

"Kerajaan boleh mengawal beberapa harga barang mentah seperti yang dibuat sebelum ini apabila harganya atau bekalannya terganggu, kerajaan boleh menguatkuasakan akta kawalan harga dan menetapkan harga siling kepada barangan tersebut.

"Apabila harga siling ditetapkan, kerajaan perlu membayar kepada pembekal jurang antara harga syiling yang dikenakan kepada rakyat dengan kos ditanggung pembekal bagi memastikan bekalan tidak terjejas," katanya.

Beliau juga memberitahu bahawa ketika isu kenaikan harga ayam dan telur melanda pada tahun lalu, kerajaan sudah membelanjakan sebanyak lebih RM2 bilion sebagai subsidi bahan mentah tersebut.

Pada masa sama, Rafizi berkata, sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap ekonomi, beliau perlu memastikan bahawa harga bahan mentah turun selaras dengan penggunaan sumber kerajaan dalam melaksanakan program atau campur tangan untuk menstabilkan harganya.

"Bagaimanapun, sehingga sekarang keadaan itu belum pun berlaku (penurunan harga) walaupun semua kenaikan harga atau kategori barang menunjukkan kenaikan sederhana," katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan, beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, kadar inflasi jika terus mencatatkan penurunan berpotensi untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus. 

Jelasnya, bank pusat jika bersandarkan kepada teori, akan menggunakan dasar monetari untuk mengekang tekanan kenaikan inflasi dalam pasaran tempatan.

“Ini kerana jangkaannya ialah pengguna kurang berbelanja, sekali gus meredakan peningkatan pantas inflasi yang dipacu oleh permintaan,” katanya. - Getaran, 25 Januari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar