web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jururawat, Suri Rumah Didakwa Perdagangkan Bayi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2023 12:20PM

Dua wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan memperdagangkan seorang bayi perempuan pada 2020. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Dua wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan memperdagangkan seorang bayi perempuan pada 2020.

Jururawat Noor Azlina Mohd Nasir, 41, dan suri rumah D. Murugamal, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norashima Khalid.

Noor Azlina yang merupakan jururawat sebuah hospital di Alor Setar, Kedah dan Murugamal yang beralamat di Pulau Pinang didakwa bersama-sama untuk mencapai niat sama memperdagangkan seorang bayi perempuan berusia sembilan hari iaitu sejenis eksploitasi yang menyalahi undang-undang.

Kesalahan itu dilakukan di kawasan letak kenderaan berdekatan sebuah hospital swasta di Manjung, Perak, kira-kira 12 tengah hari, 18 Jun 2020.

Pertuduhan adalah di bawah Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau minimum lima tahun dan boleh dihukum dengan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Evangelin Simon Silvaraj menawarkan jaminan RM15,000 manakala peguam Mohd Firdaus Mohd Farouk yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan rendah ke atas Noor Azlina yang merupakan ibu kepada lima anak dan Murugamal yang tidak bekerja serta sakit jantung dan kencing manis, atas alasan mereka hadir ke mahkamah mengikut tarikh ditetapkan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Feb ini sebagai tarikh sebutan semula kes. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 6 hari yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad