web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Batu Pahat Daerah Terbaharu Terjejas Banjir, Mangsa Melonjak Kepada 3,612 Orang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2023 9:20AM

Sebanyak lima PPS baharu dibuka, menjadikan keseluruhannya 35 PPS di daerah Kota Tinggi, Kluang, Mersing, Segamat dan Batu Pahat. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam tadi dengan Batu Pahat menjadi daerah terbaharu terjejas bencana itu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan sebanyak lima pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka, menjadikan keseluruhannya 35 PPS di daerah Kota Tinggi, Kluang, Mersing, Segamat dan Batu Pahat.

“Segamat terus menjadi daerah paling teruk terjejas banjir dengan 1,392 orang daripada 393 keluarga yang ditempatkan di 13 PPS.

“Diikuti pula Kluang melibatkan 1,139 orang daripada 325 keluarga yang ditempatkan di 11 PPS,” menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan,  pagi ini.

Di Kota Tinggi, JPBN memaklumkan seramai 557 mangsa daripada 136 keluarga berlindung di enam PPS manakala daerah Mersing, terdapat empat PPS yang menempatkan 403 penduduk daripada 130 keluarga, menurut jawatankuasa itu.

Batu Pahat pula mencatatkan seramai 121 mangsa daripada 30 keluarga yang dipindahkan ke satu PPS.

Sementara itu, Jalan Senai-Gemas (FT001), Segamat, yang ditutup semalam telah dibuka semula untuk semua kenderaan manakala Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau, di sini, ditutup kerana tanah runtuh.

Tiga sungai di Johor melepasi paras bahaya dengan trend menaik iaitu Sungai Muar (muara Sungai Gemas) berada pada paras 19.13 meter (m), Sungai Segamat (Segamat Kecil) 37.55m dan Sungai Kahang (Kampung Contoh) 15.7 m. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Kolum 2 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Semasa 3 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 21 minit yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 6 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad