web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perdana Menteri Adakan Pertemuan Dengan Rakyat Malaysia Di Brunei

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2023 7:00AM

Anwar menghadiri Majlis Makan Malam YAB Perdana Menteri bersama Diaspora Malaysia di Brunei Darussalam sempena lawatan rasmi ke Negara Brunei Darussalam di Suruhanjaya Tinggi Malaysia semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR SERI BEGAWAN - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam rangka lawatan rasmi selama dua hari ke Brunei, mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia dalam satu majlis makan malam di sini.

Pada majlis yang diadakan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Brunei di sini, Anwar turut menyampaikan amanat beliau selain berdialog dengan mereka yang hadir.

Dalam amanat beliau kepada lebih 400 orang yang hadir, Anwar yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang baharu November lepas, memberi penerangan mengenai perancangan beliau untuk Malaysia.

 Ini termasuklah konsep “Malaysia Madani” yang beliau perkenalkan pada 19 Januari lepas sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia.

 Anwar berkata beliau juga tidak mahu kerajaan yang beliau pimpin hanya melaung-laungkan slogan tanpa sebarang penghayatan.

“Saya nak mulakan transisi baharu. Tak nak slogan sahaja. Kita mahukan penghayatan dan amalan. Juga kebenaran, keadilan dan perpaduan. Rakyat Malaysia dah sinis dan muak dengan slogan dan janji-janji sahaja,” katanya.

Katanya tumpuan masa kini adalah untuk memacu pertumbuhan ekonomi dengan keutamaan di negeri-negeri dengan melihat kepada sektor ekonomi baharu.

Pada sesi dialog pula, Anwar turut menjelaskan bahawa secara amnya beliau akan meneruskan dasar-dasar baik yang dilaksanakan kerajaan terdahulu walaupun didukung oleh parti yang beliau tidak bersetuju, namun akan membuat kajian dalam hal melibatkan kontrak-kontrak besar.

Menyentuh mengenai kerjasama dengan Brunei, Anwar berkata Malaysia boleh bekerjasama dengan negara itu dalam banyak bidang.

Hadir sama isteri beliau Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Datuk Raja Reza Raja Zaib Shah.

Anwar tiba di sini petang tadi.

Esok, Perdana Menteri dijadualkan menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, dan kedua-dua pemimpin kemudiannya akan mengadakan pertemuan empat mata.

Kedua-dua pemimpin dijangka mengambil peluang untuk menilai kemajuan kerjasama yang sedang berjalan, di samping mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara, selain meneroka kerjasama baharu dalam bidang yang melibatkan kepentingan bersama.

Perdana Menteri dan Sultan Brunei juga akan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Agensi Pelaburan Brunei (BIA). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Sultan Brunei Stabil, Perlukan Pemantauan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Brunei Cipta Sejarah Raih Emas SUKMA Selepas 10 Tahun

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Luang Masa Lawat Pameran Era Pasca Normal Madani

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

5

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

6

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 5 minit yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek