web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Di Johor Meningkat Kepada 1,703 Orang, 3 Lagi PPS Dibuka

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2023 8:54PM

Anggota tentera meredah sekitar taman bagi membantu menyelamatkan mangsa-mangsa banjir di Taman Desaru Utama, Bandar Penawar hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 1,703 orang setakat 8 malam ini berbanding 1,093 orang yang direkodkan pada 4 petang tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (PPBN) berkata tiga lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka menjadikan kesemuanya 16 PPS di Daerah Kota Tinggi, Kluang dan Segamat.

“Segamat paling teruk dilanda banjir dengan 1,229 orang daripada 325 keluarga yang ditempatkan di lapan PPS.

Bagi Daerah Kluang pula, seramai 300 orang daripada 84 keluarga dipindahkan ke enam PPS sementara 174 penduduk daripada 40 keluarga di Daerah Kota Tinggi dipindahkan ke dua PPS,” kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan, petang ini.

Selain tiga jalan di Kota Tinggi, Jalan Senai-Gemas (FT001) dan Jalan Jabi-Bukit Tempurung, kedua-duanya di Segamat, turut ditutup untuk semua kenderaan, menurut jawatankuasa itu.

Sementara itu, data Jabatan Pengairan dan Saliran menunjukkan empat sungai di Johor melepasi paras bahaya dengan trend menaik iaitu Sungai Muar (muara Sungai Gemas) berada di paras 19.06 meter (m), Sungai Lenik (Ladang Chaah) di paras 6.66m, Sungai Segamat (Segamat Kecil) di paras 38.06m dan Sungai Kahang (Kampung Contoh) di paras 14.7 m. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad