web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KJRI Cadang Bentuk Pasukan Petugas Kerjasama Dalam Ekonomi, Pelaburan Indonesia Dan Johor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2023 8:35PM

Sigit S. Widiyanto (tengah) beramah mesra bersama ahli Kelab Media Johor pada majlis Silaturahim Gathering Media Johor bersama Konsulat Jeneral Rupblik Indonesia di Konsulat Jeneral Republik Indonesia Johor Bahru hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru dan kerajaan negeri bercadang menubuhkan satu pasukan petugas (task force) bagi meneroka peluang kerjasama termasuk dalam ekonomi dan pelaburan di antara kedua-dua pihak.

Konsul Jeneralnya Sigit S. Widiyanto berkata idea penubuhan pasukan petugas itu adalah hasil pertemuan beliau dengan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi, baru-baru ini. 

Beliau berkata menerusi pasukan petugas itu, potensi pelaburan dalam pelbagai sektor akan dapat dikenal pasti di antara Indonesia dan Johor. 

"Sebelum ini tiada kerjasama khas sebegini antara KJRI Johor Bahru dengan negeri ini sedangkan kedua-duanya mempunyai potensi besar termasuk memudahkan kemasukan pelabur yang berminat. 

"Ketika ini kita sedang mengkaji sektor-sektor ekonomi yang boleh dilibatkan dan Insya-Allah, bulan depan akan ada pertemuan rasmi antara  KJRI, Menteri Besar selain beberapa Exco Johor bagi membincangkan lebih lanjut bidang kerjasama yang akan dilakukan nanti," katanya. 

Sigit berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Kelab Media Johor di pejabat KJRI Johor Bahru, di sini hari ini. 

Turut hadir Presiden Kelab Media Johor Mohamad Fauzi Ishak.

Selain dari itu, Sigit berkata Indonesia juga mengalu-alukan mereka yang berminat untuk melabur di Ibu Kota Negara Nusantara di Kalimantan Timur, yang sedang dibangunkan sejak tahun lepas dan hanya akan selesai pada 2045.

"Banyak bidang kerjasama boleh dirintis di Nusantara termasuk bidang infrastruktur, perumahan, pendidikan, kesihatan dan komersial. 

"KJRI juga bercadang untuk mengadakan sesi khas bersama pelabur negeri ini yang berminat untuk bekerjasama membangunkan Nusantara dalam masa terdekat, malah kita juga akan membawa pelabur Indonesia yang berminat melabur di negara ini dan di Johor bagi merapatkan lagi hubungan sedia ada," kata Sigit. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar