Berita Terkini

1 jam yang lalu: Mahkamah benar pelepasan sementara pasport Ahmad Zahid 1 jam yang lalu: COVID : Jumlah kes harian enam hari meningkat 1,629 1 jam yang lalu: Bank Dunia unjur ekonomi Malaysia tumbuh 4.0 peratus tahun ini 1 jam yang lalu: Jabatan Penjara usahakan Reformasi Penjara untuk kurangkan kesesakan 4 jam yang lalu: Banjir: Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Johor kekal⁣

IKUTI KAMI


Lapor Pada KJRI Jika Ejen Masih Kenakan Caj Lebih RM15,000 Untuk Amah

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2023 7:01PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru mengingatkan rakyat Malaysia yang dikenakan bayaran melebihi RM15,000 oleh ejen bagi mendapatkan pembantu rumah dari negara itu supaya membuat laporan kepada pihaknya.

Konsul Jenderal KJRI Johor Bahru, Sigit S. Widiyanto, berkata ia susulan pihaknya masih menerima aduan bahawa terdapat ejen yang mengenakan bayaran melebihi had RM15,000 berdasarkan memorandum persefahaman (MoU) bagi pengambilan dan perlindungan pekhidmat domestik Indonesia (PDI)  yang dimeterai kedua-dua negara, tahun lalu.

“Berdasarkan MoU itu, had maksimum kos yang dikenakan ejen bagi mendapatkan pekerja domestik adalah tidak melebihi RM15,000, namun kita masih terima aduan ada ejen yang mengenakan bayaran sehingga ada RM20,000, ada RM28,000 dan sampai RM30,000.

“Justeru, jika masih ada ejen yang mengenakan lebih RM15,000, sila lapor kepada KJRI untuk pihak kita cegah dari ia terus berlaku," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra KJRI Johor Bahru bersama Kelab Media Johor, di ibu pejabatnya, di sini hari ini.

Sigit berkata MoU yang ditandatangani pada April tahun lalu itu bertujuan untuk memberikan perlindungan kepada kedua-dua pihak iaitu pekerja asing dan majikan.

"Sejak MoU ini termeterai, dianggarkan sekitar 1,000 permohonan bagi mendapatkan pekerja domestik warganegara Indonesia telah dibuat setakat ini dan jumlah tersebut dijangka akan terus meningkat berdasarkan permintaan semasa.

Turut hadir Presiden Kelab Media Johor, Mohamad Fauzi Ishak serta kira-kira 30 orang pengamal media serta pegawai-pegawai KJRI.

Dalam perkembangan lain,  Sigit menyeru warga Indonesia yang berada dalam negara ini  tanpa memiliki permit sah agar memanfaatkan program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 yang akan tamat akhir tahun ini.

"Kita akui, mungkin masih ramai majikan di negara ini yang menawarkan pekerjaan kepada warga Indonesia secara tidak sah dan ramai juga rakyat Indonesia yang masuk ke Malaysia menggunakan visa pelancong tetapi tidak pulang selepas tempoh 30 hari tamat.

"Jadi dengan adanya program RTK 2.0 yang dilaksana kerajaan Malaysia, kita menyeru pihak majikan dan juga rakyat Indonesia tanpa permit kerja sah untuk membuat permohonan terus bagi mendapatkan dokumen diperlukan,” katanya.

Awal Januari lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution, berkata kerajaan bersetuju melanjutkan semula Program RTK 2.0, yang mana semua pendatang asing yang berada di negara ini diberikan pilihan untuk pulang atau bekerja dengan tampil berdaftar dengan caj bayaran tertentu.

Sehingga 31 Disember tahun lalu, seramai 418,649 orang pendatang asing berdaftar bagi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja dan 295,425 orang pendatang asing bagi Program Rekalibrasi Pulang. - Bernama

Sorotan

1

Pemain Industri Makanan Perlu Kerjasama Jayakan Pelaksanaan Menu Rahmah

2

Pakej Jalur Lebar RM69 Berbaloi, Ringankan Beban Golongan Sasar

3

Rakyat Boleh Nilai Merit, Kelayakan Nurul Izzah - Khairuddin

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Brek Mengejut Punca Treler Terbabas, Pemandu Maut Tersepit

oleh Aiman Sadiq

Sukan 1 hari yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Hamidin Dipilih Ahli Majlis FIFA, ‘Selamat Bertugas’

oleh Farhana Farush

Politik 1 hari yang lalu

Akaun BERSATU Dibeku: Slogan PN BEST Sudah ‘Tercemar’, Mampu Jejas Sokongan

oleh Fitri Nizam

Luar Negara 19 jam yang lalu

Malaysia Kecam Penindasan Berterusan Israel Ke Atas Warga Palestin