web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bomba Hantar 25 Tan Bekalan Makanan Kepada Orang Asli

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2023 1:50PM

Sebanyak 25 tan bekalan makanan telah dihantar ke enam pos Orang Asli bermula semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meneruskan misi menghantar 25 tan bekalan makanan ke enam pos Orang Asli di sini bermula semalam. 

Detasmen Komander Operasi Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, Penguasa Kanan Bomba II Wahyudi Mohd Sayuhti berkata operasi diteruskan setelah mengalami kelewatan akibat hujan lebat berterusan di jajahan itu sejak Jumaat lepas.

"Operasi semalam (Isnin) bermula pukul 10 pagi membabitkan dua pesawat iaitu Agusta A109E dan Agusta Westland AW189. 

"Sebanyak 5.9 tan makanan berjaya dihantar setakat ini ke Kampung Gawin dan Kampung Gob di Pos Gob, Kampung Jader dan Kampung Ladoi di Pos Simpor serta Kampung Sempadik di Pos Belatim,” katanya kepada pemberita di Padang Kompleks Serbaguna Majlis Daerah Gua Musang di sini hari ini.

Beliau berkata penugasan penghantaran bantuan akan diteruskan memandangkan cuaca ketika ini berada dalam keadaan baik.

"Walau apa pun situasi, kami tetap komited dalam melaksanakan tugas kerana ini bukanlah pengalaman kami berdepan situasi sebegini,” katanya dan menambah operasi itu turut melibatkan kerjasama JBPM Gua Musang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek