web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rasa Tersindir, Kahwin Tanpa Pengetahuan Punca 2 Isteri Jurulatih Bola Sepak Bergaduh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2023 7:00AM

Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim - Gambar daripada Facebook IPD Shah Alam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes pergaduhan antara dua isteri jurulatih bola sepak di sebuah restoran awal pagi semalam, dikatakan berpunca akibat perasaan tidak berpuas hati selepas seorang daripada mereka merasa tersindir.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek iaitu isteri pertama jurulatih berkenaan terasa dengan kenyataan madunya pada program realiti, Family Duo.

Beliau berkata, hasil siasatan turut mendapati wanita itu berang kepada isteri muda suaminya kerana berkahwin tanpa pengetahuannya.

“Pengadu merupakan isteri kedua membuat laporan polis semalam pada jam 2.18 pagi, sejurus selepas kejadian pergaduhan.

“Suspek adalah isteri pertama, dikatakan menarik rambut pengadu di restoran tersebut sehingga membawa pergaduhan dan pertengkaran di luar premis berkenaan,” katanya menerusi kenyataan.

Mohd Iqbal berkata, suspek turut membuat laporan polis pada hari sama.

Katanya, setakat ini, kedua-dua wanita itu dan jurulatih berkenaan sudah dipanggil untuk diambil rakaman percakapan.

Siasatan kes itu, jelasnya, dijalankan di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Semalam, Getaran melaporkan, kisah rumahtangga jurulatih itu yang dilapor melangsungkan perkahwinan sekali lagi baru-baru ini, kembali hangat diperkatakan apabila kedua-dua isterinya terbabit dalam pergaduhan terbabit.

Manakala menurut sebuah portal, insiden berkenaan berlaku selepas isteri kedua jurulatih itu singgah di sebuah restoran, sejurus membuat persembahan pada program hiburan terbabit.

Sumber memaklumkan, pergaduhan berlaku selepas isteri pertamanya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap wanita muda itu, sebelum kedua-dua individu berkenaan berperang mulut.

Terdahulu, isu perkahwinan jurulatih berusia 60-an itu yang juga bekas pemain bola sepak terkenal negara era 80 hingga 90-an, menjadi topik perbualan warga maya selepas berkahwin kali kedua dengan wanita jauh lebih muda berusia 29 tahun.

Malah, beberapa portal dilaporkan mendakwa wanita itu adalah adik kepada penyanyi popular tempatan. - Getaran, 24 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Semasa 2 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar