web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bakar Al-Quran: Menteri Agama Gesa Sweden Ambil Tindakan Tegas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2023 8:42PM

Dr Mohd Na’im Mokhtar menggesa pemerintah Sweden agar mengambil tindakan tegas terhadap perbuatan provokatif ahli politik pelampau yang membakar al-Quran di ibu negara itu pada Sabtu - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menggesa pemerintah Sweden agar mengambil tindakan tegas terhadap perbuatan provokatif ahli politik pelampau yang membakar al-Quran di ibu negara itu pada Sabtu. 

Beliau berkata perbuatan biadap ahli politik Sweden-Denmark, Rasmus Paludan perlu dibantah kerana telah menyalahgunakan prinsip kebebasan bersuara dengan membakar kitab suci agama Islam itu.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) juga menyeru seluruh masyarakat menghormati kemuliaan agama Islam, membudayakan dialog dan menyemarakkan nilai-nilai kehormatan sejagat bagi mewujudkan keharmonian hidup masyarakat dunia hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Dalam pada itu, beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Paludan telah membuktikan kesungguhan Malaysia untuk menentang sebarang bentuk keganasan dan kebencian khususnya Islamofobia. 

Semalam, Anwar bukan sahaja mengutuk sekeras-kerasnya tindakan itu malah menggesa kerajaan Sweden supaya mengambil tindakan segera ke atas pelaku perbuatan keji itu selain memastikan langkah drastik di masa depan untuk menangani peningkatan Islamofobia yang membimbangkan di negara tersebut. 

Paludan, pemimpin parti pelampau kanan Denmark ‘Stram Kurs’, diberikan kebenaran membakar al-Quran pada Sabtu di luar Kedutaan Turkiye di Stockholm yang membangkitkan kemarahan penganut Islam di seluruh dunia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Terpedaya Agensi Dakwa Mampu Keluar Visa Haji – Menteri

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Cadangan Lantik Pakar Bukan Islam Dalam Jawatankuasa Khas Tidak Berasas - Mohd Na'im

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jawatankuasa Khas Kaji Kompetensi DUN Gubal Undang-Undang Islam Ditubuhkan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

50 Tan Barangan Bantuan Kemanusiaan Dihantar Ke Palestin Jumaat Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad