web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Hubungan Saya Dengan Masyarakat Cina Bukan Baharu, Menantu Juga Kaum Itu’ - Hadi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2023 8:03PM

Abdul Hadi Awang bersama keluarganya - Gambar Facebook Abdul Hadi Awang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menganggap masyarakat Cina tidak asing dengan diri beliau, malah sentiasa menjadi sebahagian daripada kehidupannya.

Beliau berkata, datuknya sendiri memiliki ramai anak angkat berbangsa Cina, tidak kira sama ada mereka memeluk Islam atau sebaliknya.

“Ketika berlaku Perang Dunia Kedua, terdapat pelarian Cina yang datang ke Pantai Timur.

“Datuk saya pernah menyelamatkan seorang pelarian Cina bukan Islam dan disembunyikan di kebunnya, ketika itu beliau merupakan seorang penghulu kampung,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Abdul Hadi berkata, seorang daripada menantu beliau adalah daripada kaum Cina yang menunjukkan, hubungan keluarganya dengan masyarakat itu bukan baharu.

“Selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di Kuala Lumpur bersama pimpinan PN (Perikatan Nasional) dan GERAKAN pagi tadi, saya terus pulang ke Kampung Rusila bagi meraikan sambutan ini bersama anak menantu sekeluarga,” katanya.

Menerusi hantaran sama, beliau meminta supaya Tahun Baharu Cina dijadikan sebagai satu daripada cara untuk masyarakat mengeratkan hubungan.

“Jadikanlah perayaan ini sebagai satu daripada cara untuk kita mengeratkan lagi silaturahim serta perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa dan kaum di Malaysia. Selamat Tahun Baharu Cina,” katanya. - Getaran, 23 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Tahun Baharu Cina: Sambutan Merentasi Etnik, Harapan Mengatasi Ketakutan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Politik 2 tahun yang lalu

Isu Pencen: Ucapan Abdul Hadi Tidak Tepat, Mengelirukan Orang Ramai - Nik Nazmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sultan Selangor Zahir Rasa Dukacita, Kenyataan  Abdul Hadi Dianggap Hina Raja-Raja Melayu

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar