web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Harga Makanan, Minuman Di Restoran Masih Tinggi Walaupun Harga Bahan Mentah Telah Turun - Rafizi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2023 4:36PM

Rafizi Ramli meminta kerjasama daripada peniaga restoran dan kedai makan untuk menyeimbangkan harga jualan mereka dengan bahan mentah amat penting untuk membantu rakyat menambah ruang perbelanjaan dan mengurangkan beban kewangan mereka - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menegur sikap sesetengah peniaga restoran dan kedai makan yang masih enggan menurunkan harga makanan dan minuman mereka, meskipun harga bahan mentah di pasaran telah turun.

Beliau berkata kerjasama daripada peniaga restoran dan kedai makan untuk menyeimbangkan harga jualan mereka dengan bahan mentah amat penting untuk membantu rakyat menambah ruang perbelanjaan dan mengurangkan beban kewangan mereka.

“Kadang-kadang, itu orang marah apabila harga bahan mentah (semakin turun), harga (bil) elektrik tidak naik, semuanya dikekalkan, tetapi harga barang daripada peruncit, restoran dan gerai tidak turun.

“Kita juga perlukan supaya yang mana boleh turun, kita turunkan dan yang mana boleh kurang, kita kurangkan.

“Setakat ini, semua yang lain menunjukkan penurunan kecuali untuk beli makanan yang sudah siap daripada restoran dan gerai serta ‘take away’ ke rumah masih naik walaupun harga bahan mentah telah turun,” katanya kepada pemberita hari ini.

Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Pilihan Raya PKR Negeri Terengganu di Taman Tamadun Islam di sini.

Katanya pengguna juga perlu bertindak lebih proaktif terhadap perubahan harga barangan dengan mengelak daripada berkunjung ke restoran dan kedai makan yang masih menawarkan harga makanan dan minuman yang tinggi.

“Pengguna perlu bertindak balas dengan lebih cepat terhadap perubahan harga. Itu cara terbaik untuk kita mempengaruhi keputusan peniaga terutamanya di restoran,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Rafizi berkata rakyat perlu mempunyai keyakinan bahawa sistem ekonomi yang diimbangi oleh kerajaan yang diwakili golongan politik dan ahli ekonomi seperti Bank Negara Malaysia (BNM) dalam beberapa keputusan seperti Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah yang terbaik dengan mengambil kira semua faktor.

Katanya pihaknya yakin keputusan BNM berkaitan OPR telah mengambil kira kepentingan jangka masa panjang, jangka masa pendek dan kepentingan rakyat pada masa depan. 

Pada Khamis, BNM pada menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari membuat keputusan dengan mengekalkan OPR pada paras 2.75 peratus selepas empat kenaikan secara berturut-turut.

Bagaimanapun, terdapat pakar ekonomi yang menjangkakan akan berlakunya lagi peningkatan OPR pada tahun ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

RON97 Turun 20 Sen, RON95 Tanpa Subsidi Turun 15 Sen

2

Selera 1 tahun yang lalu

Mana Mau Makan Pan Mi Halal?

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Penyelia Restoran Didakwa Pecah Amanah Wang Syarikat Lebih RM80,000

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Uncle Roger Umum Buka Restoran Pertama Di Malaysia

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi