web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penggajian Pekerja Asing Bagi Sektor Lain Akan Dikaji - Sivakumar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2023 11:50AM

Lima sektor dan subsektor kritikal yang terlibat ketika ini ialah perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan (melibatkan restoran sahaja) - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU GAJAH - Kerajaan akan mengkaji keperluan untuk memperluas kelulusan penggajian pekerja asing bagi sektor dan subsektor kritikal lain selepas tiga bulan pelaksanaan program Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing.

Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata lima sektor dan subsektor kritikal yang terlibat ketika ini ialah perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan (melibatkan restoran sahaja).

"Buat masa ini Kementerian Sumber Manusia bersama Kementerian Dalam Negeri telah membuat keputusan untuk membawa masuk pekerja asing bagi lima sektor kritikal ini yang betul-betul memerlukan tenaga kerja yang banyak. Jadi buat masa ini keputusannya adalah untuk membantu lima sektor ini dahulu. 

"Selepas tiga bulan apabila kita dapat menyelesaikan masalah (kekurangan pekerja asing bagi sektor dan subsektor kritikal), kita akan mempertimbangkan kepada sektor peruncitan dan lain-lain," katanya.

Sivakumar yang juga Ahli Parlimen Batu Gajah berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2023 Kementerian Sumber Manusia di Pusat Konvensyen Pusing di sini, malam tadi.

Rabu lepas, Sivakumar memaklumkan 500,000 pekerja asing akan dibawa masuk ke negara ini secara berperingkat menerusi Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing dan bilangan itu akan ditambah jika terdapat keperluan, namun tidak melebihi 2.4 juta.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata majikan akan dibenarkan untuk menggaji pekerja asing dari 15 negara sumber tanpa melalui prasyarat kelayakan penggajian serta kelayakan kuota.

Saifuddin dipetik sebagai berkata beliau akan mengetuai siri lawatan bersama Kementerian Sumber Manusia dan agensi kawal selia ke 15 negara sumber terpilih bagi membincangkan perihal keselamatan dan kebajikan pekerja asing di negara ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Guna Sistem Baharu Bestinet Untuk Ambil Pekerja Asing, Kerajaan Persoal Laporan Bloomberg 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pekerja Ladang Warga Asing Maut Ditetak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Lanjutan Tempoh Bawa Masuk Pekerja Asing Selepas 31 Mei - Saifuddin

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 18 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 21 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 21 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan