web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Ucap Selamat Tahun Baharu Cina, Tampil Dengan Kisah Arnab

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2023 7:14AM

Perdana Menteri berkata elemen kerukunan dan toleransi antara kaum adalah pengikat yang nyata dalam membawa negara ini ke depan. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Cina di negara ini yang akan menyambut perayaan itu Ahad ini.

Beliau menyifatkan perayaan besar di negara ini memberi peluang kepada rakyat untuk menyemai semangat perpaduan dan saling mengenali.

“Elemen kerukunan dan toleransi antara kaum adalah pengikat yang nyata dalam membawa negara ini ke depan.

“Mewakili seluruh rakyat Malaysia berbilang bangsa, saya ucapkan Selamat Tahun Baharu Cina 2023 kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau malam ini.

Anwar turut memuat naik sebuah video memaparkan kisah seekor arnab putih bernama Miki yang gagah meneruskan perjalanan untuk terus bernafas walaupun penat yang memungkinkan ia untuk menyerah tetapi menunggu untuk sinar harapan.

Video berdurasi 1.14 minit itu turut memberi mesej kepada semua rakyat di Malaysia yang menempuh pelbagai cabaran dan dugaan selama ini yang mencari sinar harapan agar tidak boleh mengalah sebaliknya bangkit dengan semangat perpaduan.

Perdana Menteri dirakam memegang arnab itu sambil berkata “Sebagai satu negara merdeka, sudah matang dan dewasa, wajar kita perkasakan semua rakyat, semua kaum di negara Malaysia tercinta.”

Masyarakat Cina akan menyambut Tahun Baharu Cina pada 22 dan 23 Januari ini.

Dalam kalendar Cina, terdapat 12 binatang mewakili zodiak pada setiap tahun dan tahun ini merupakan giliran arnab. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad