web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MPPK Perlu Serah Laporan Beban Tugas Guru Sebelum Pertengahan Bulan Depan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2023 7:03AM

Fadhlina Sidek - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) sesi 2023-2025 untuk menyediakan laporan sulung berkaitan beban tugas dan kebajikan guru.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, laporan itu perlu diserahkan kepada beliau sebelum pertengahan bulan depan.

“Untuk itu, sebagai tindakan segera dan arahan pertama, saya arahkan laporan sulung MPPK adalah untuk memberikan perhatian kepada teras yang sering saya tegaskan berkali-kali, iaitu hal berkaitan beban tugas dan kebajikan guru.

“Dan saya mahu laporan tersebut di atas meja saya sebelum pertengahan bulan hadapan. Selamat bertugas saya ucapkan buat ahli MPPK sesi 2023-2025!,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Pada masa sama, beliau turut memaklumkan pertemuannya dengan mantan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Amin Senin yang baru dilantik sebagai Pengerusi MPPK bagi membincangkan beberapa perkara berbangkit dan berkaitan isu pendidikan negara.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, majlis tersebut akan dianggotai sembilan ahli dengan enam daripadanya dalam kalangan mereka yang berlatarbelakangkan profesion keguruan.

Katanya, jawatan pengerusi majlis tersebut dipilih dalam kalangan mantan ketua pengarah pendidikan bagi memastikan nasihat yang dikemukakan pasukan itu kelak selari dengan dasar pendidikan kebangsaan.

“Kriteria pemilihan kesemua ahli MPPK ini bukan berasaskan faktor bangsa tetapi atas dasar profesionalisme dan kepakaran tokoh-tokoh terbabit yang diperlukan ketika ini.

“Ahli majlis MPPK yang diumumkan akan mewujudkan jawatankuasa yang melibatkan setiap komposisi kaum, masyarakat orang asli, golongan rentan seperti orang kurang upaya (OKU), pemegang taruh pendidikan dan juga wakil pemimpin pelajar,” katanya.

Sementara itu, Fadhlina berkata, KPM amat mengalu-alukan setiap maklum balas dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau komuniti yang ingin memberikan cadangan penambahbaikan pendidikan terutama berkaitan murid, guru dan sekolah.

“Saya dan Timbalan Menteri juga akan bekerjasama erat dengan agensi yang membawa suara setiap masyarakat dari pelbagai kaum agar isu pendidikan negara dapat diangkat pada tahap optimum,” katanya. - Getaran, 21 Januari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 9 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar