web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


OKU, Murid Sekolah Rendah Nikmati Tambang Percuma KTMB Mulai 15 Feb

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2023 8:16PM

Inisiatif itu dapat dilaksanakan melalui penjimatan RM15 juta setahun susulan penangguhan perkhidmatan KTM komuter dari Subang Skypark ke KL Sentral berkuat kuasa pada tarikh sama. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bermula 15 Feb ini, murid berpakaian seragam sekolah berusia hingga 12 tahun dan Orang Kurang Upaya (OKU) akan menikmati perkhidmatan percuma tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). 

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata inisiatif itu dapat dilaksanakan melalui penjimatan RM15 juta setahun susulan penangguhan perkhidmatan KTM komuter dari Subang Skypark ke KL Sentral berkuat kuasa pada tarikh sama.

Beliau berkata tawaran percuma itu bagi perkhidmatan tren komuter sektor utara dan Lembah Klang serta perkhidmatan antara bandar bagi laluan Gemas-Tumpat.

Menurut Loke ini turut memanfaatkan 150 murid yang menggunakan perkhidmatan tren antara Dabong ke Kuala Geris di Kelantan setiap hari dengan kadar bayaran RM1 setiap perjalanan.

“Perbincangan lanjut akan dibuat untuk meluaskan perkhidmatan tren percuma kepada pelajar sekolah menengah selepas ini bergantung kepada kemampuan kewangan,” katanya kepada pemberita ketika hadir mengedarkan pek sambutan Tahun Baharu Cina 2023 kepada penumpang perkhidmatan tren elektrik (ETS) ke utara dan penumpang komuter di KL Sentral hari ini.

Mengulas mengenai tren komuter antara Subang Skypark ke KL Sentral, Loke berkata perkhidmatan sejak 2018 yang melibatkan kos RM15 juta setahun itu menerima sambutan kurang memuaskan.

Beliau berkata kajian dan pengumpulan data terhadap perkhidmatan melibatkan 32 trip sehari itu mendapati purata hanya 80 hingga 100 penumpang menggunakannya sehari.

“Kadangkala kereta api kosong. Permintaan belum ada, kemungkinan selepas Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dinaik taraf ada permintaan lebih tinggi,” katanya. 

Loke berkata empat set tren yang digunakan di laluan itu akan ditugaskan semula dengan dua tren dihantar ke utara bagi menambah trip manakala dua lagi untuk laluan komuter Lembah Klang.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pengurusan KTMB kerana mengambil inisiatif menambah trip ETS sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini.

Sementara itu, KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 99,900 tiket perjalanan ETS ditawarkan bagi perjalanan 18 hingga 27 Jan ini.

Menurut kenyataan itu sebanyak 99 peratus tiket telah terjual setakat 8 pagi tadi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 6 hari yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 47 minit yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 17 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad