web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wang Bantuan Awal Persekolahan Dicuri Akan Diganti, Diagih Sebelum Mac

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2023 8:12PM

Fadhlina Sidek berkata, pembayaran bantuan awal persekolahan itu akan diagihkan kepada pelajar sekolah berkenaan, sebelum bermulanya sesi persekolahan pada Mac depan - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan memberi jaminan bahawa bantuan kewangan sebanyak RM109,000 yang dicuri daripada pentadbiran sebuah sekolah, akan dibayar balik sebelum penggal akan datang bermula.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pembayaran bantuan awal persekolahan itu akan diagihkan kepada pelajar sekolah berkenaan, sebelum bermulanya sesi persekolahan pada Mac depan.

“Kementerian Pendidikan (KPM) akan membayar balik wang (dicuri) kepada mereka (sekolah). Jangan risau,” katanya ringkas kepada media ketika diminta mengulas mengenai perkara itu di Kompleks KPM di sini, hari ini.

Menurutnya, KPM sedang menunggu kelulusan Kementerian Kewangan sebelum dana itu boleh diagihkan.

Pada Selasa lalu, seorang pengetua dilapor mengeluarkan wang dari sebuah bank dan memasukannya di dalam beg yang kemudian diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan keretanya, sebelum dia ke kedai berhampiran untuk membeli minuman di Semenyih.

Apabila kembali ke keretanya, mangsa mendapati cermin depan penumpang belakang pecah dan beg berisi wang tunai berkenaan hilang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan berkata, menerusi kenyataan diberikan pengetua lelaki berusia 50 tahun terbabit, ia adalah perkara biasa baginya untuk melakukan transaksi sedemikian tanpa melibatkan pengiring polis.

Fadhlina seterusnya mengesahkan bahawa pengetua terbabit melanggar prosedur operasi standard (SOP) pengeluaran wang tunai untuk kegunaan rasmi dengan tidak membawa pegawai polis atau guru lain bersamanya.

“Guru besar sedang disiasat mengikut tatakelola awam.

“Jabatan Pendidikan Selangor sudah berjumpa dengan guru besar dan akan memaklumkan hasil siasatannya kepada kami (KPM),” katanya hari ini. – The Vibes, 19 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Pelajar Maut, KPM Arah IPG Henti Semua Aktiviti Ekstrem, Sukan Air

2

Pendidikan 2 bulan yang lalu

Tangguh Aktiviti Luar Jika Suhu Lebih 35 Selsius - KPM

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Sekolah Padat: KPM Rangka Intervensi Jangka Panjang, Pendek - Fadhlina

4

Semasa 2 tahun yang lalu

97.8 Peratus Projek Penyelenggaraan Tandas Sekolah Siap Sepenuhnya

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad