web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Disyor Perkenal Bayaran Khas Perayaan, Ringankan Kos Sara Hidup Pekerja

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2023 7:00PM

Salah satu cara adalah dengan mengagihkan bayaran khas sambutan perayaan sebulan gaji kepada setiap pekerja semasa perayaan besar yang disambut di Malaysia. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) mengesyorkan kerajaan memperkenalkan bayaran khas sambutan perayaan sebulan gaji kepada setiap pekerja semasa perayaan besar diraikan di negara ini.

Presidennya, J. Solomon berkata, memandangkan portfolio khas yang menyelia “kos sara hidup” di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pekerja berharap agar satu usaha holistik diambil oleh Kabinet.

Menurut beliau, pihaknya berpandangan beberapa pendekatan perlu diambil oleh kerajaan dan majikan untuk membantu pekerja diberikan elaun kos sara hidup yang munasabah bagi menangani kenaikan kos secara drastik.

“Salah satu cara yang dimaksudkan adalah dengan mengagihkan bayaran khas sambutan perayaan sebulan gaji kepada setiap pekerja semasa perayaan besar yang disambut di Malaysia. 

“SPCAAM mencadangkan imbuhan ini dibayar semasa Tahun Baharu Cina, Aidilfitri, Deepavali dan Krismas setiap tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

J Solomon - Gambar fail
J Solomon - Gambar fail

Justeru, Solomon berkata, sudah tiba masanya untuk majikan mempertimbangkan keperluan yang boleh diagihkan kepada setiap pekerja semasa perayaan besar.

Solomon yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) menegaskan sejak kebelakangan ini, kerajaan dengan pelbagai pihak telah membincangkan kesan kenaikan kos sara hidup dan ketidakselarasan gaji pekerja di Malaysia.

“Malah keadaan bertambah buruk dengan wabak COVID-19 yang melanda Malaysia dan seluruh dunia tiga tahun lalu yang turut telah menjejaskan pendapatan bersih yang dibawa pulang.

“Walaupun begitu, usaha untuk meminimumkan beban kewangan pekerja terutamanya bagi mereka dari B40 dan M40 masih belum dapat diselesaikan sehingga kini,” katanya. 

Dalam pada itu, Solomon berkata, SPCAAM yakin bahawa langkah berkenaan akan membantu mengurangkan kesan kewangan yang terpaksa dihadapi pekerja setiap kali perayaan.

“Walaupun ada beberapa majikan dan juga kerajaan membuat bayaran peruntukan khas sekali setahun, sesetengah majikan lain memperuntukkan pinjaman atau pendahuluan. 

“Ia perlu dibayar secara ansuran namun tindakan tersebut tidak menyelesaikan masalah,” katanya. 

Ujarnya lagi, SPCAAM menyeru agar kerajaan melaksanakan syor itu dengan memperkenalkan undang-undang khusus berkaitan pembayaran khas perayaan kepada pekerja dan perlu dipatuhi oleh majikan.

“Dengan segera, kerajaan boleh menguatkuasakan perkara ini di semua syarikat milik kerajaan (GOC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mereka. 

“SPCAAM yakin pelaksanaan kemudahan itu tidak akan menjejaskan kos operasi majikan, sebaliknya dapat meningkatkan produktiviti pekerja dan syarikat,” katanya.  - Getaran, 17 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Kenapa Tiada Wakil MTUC Ke ILC?’ - Solomon

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Chef Wan Kecewa, Mohon Jangan Fitnah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

GLC, GLIC Disaran Kurangkan Pelaburan Di Luar Negara - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

GLIC, GLC Harus Gembleng Tenaga Sokong Aspirasi Negara Memperkasakan Rakyat - PM

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 16 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 20 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad