web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Pengetua Hadapi 13 Pertuduhan Rogol Dan Amang Seksual Pelajar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2023 6:13PM

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Seorang bekas pengetua dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 13 pertuduhan berkomunikasi secara seksual, melakukan amang seksual dan rogol, melibatkan pelajarnya sekitar tahun 2020 dan 2021.

Tertuduh Rosli Abd Rahman, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Berdasarkan pertuduhan lelaki itu didakwa melakukan kesemua perbuatan itu ke atas mangsa sama yang ketika kejadian berusia 16 tahun, di sekitar daerah Kuala Terengganu dan Marang antara November 2020 hingga November 2021.

Sehubungan itu Rosli berhadapan lima pertuduhan di bawah Seksyen 376 (2)(f) Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol, dan empat pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTKK) 2017.

Tertuduh turut didakwa dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 11 (a); satu pertuduhan di bawah Seksyen 14 (c); dan satu pertuduhan Seksyen 14 (d)  AKSTKK 2017.

Jika disabitkan kesalahan, lelaki itu boleh dikenakan hukuman penjara antara tiga hingga 30 tahun serta sebatan.

Hakim Nooriah Osman kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 20 Feb untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hayyatuddin Muhamad. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

3

Semasa 4 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

4

Video & Galeri 6 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad