web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Belanjawan Kerajaan Perpaduan Tumpu PKS, Ekonomi Hijau Dan Digital - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2023 10:14AM

Belanjawan kerajaan perpaduan 2023 yang disemak semula akan memberi tumpuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta ekonomi hijau dan digital - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Belanjawan kerajaan perpaduan 2023 yang disemak semula akan memberi tumpuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta ekonomi hijau dan digital.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketiga-tiga sektor ini akan menjadi kritikal, terutamanya berikutan kelembapan ekonomi global semasa yang berpunca daripada pelbagai faktor, termasuk perang Rusia-Ukraine dan pasca pandemik COVID-19.

Menurut beliau, unjuran yang dikeluarkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terus menurun setiap kali kajian semula dilakukan.

“Kadang-kadang kita terpisah dengan realiti. Pengusaha bank dan syarikat besar keluarkan penyelesaian khusus untuk industri (masing-masing) tapi jangan lupa yang kita hendak bangunkan ialah masyarakat dan negara.

“Sebab itu saya gunakan (istilah) masyarakat madani, isu kemampanan ia harus difikirkan untuk jangka pendek dan panjang. Kemapanan negara tidak boleh dipertahankan jika berlaku kerosakan, rompakkan tanah dan balak seperti yang berlaku sebelum ini.

“Kemampanan tidak boleh dipertahankan jika tiada komitmen jelas berhubung isu perubahan iklim dan satu dasar jelas untuk pulihkan kehijauan negara kita. Ia tidak akan berlaku tanpa rahmah dan ihsan,” katanya pada Ucaptama Dialog Belanjawan 2023, di sini, hari ini. 

Anwar berkata, rahmah dan ihsan perlu menjadi sebahagian daripada polisi kerajaan dengan memberi contoh nasib lebih setengah juta penoreh getah yang menjalani kehidupan rumit apabila harga getah terus merudum.

Beliau juga menekankan keperluan untuk membantu pengusaha PKS kerana bidang tersebut berpotensi besar selain melibatkan jumlah pekerja yang sangat ramai.

“Kita perlu anjak dan angkat keupayaan mereka untuk bersaing dengan syarikat besar, jika kita lihat pada projek besar termasuk di sektor swasta hanya memberikan fokus kepada syarikat besar tidak kepada PKS untuk bersaing.

“PKS perlu diberi sedikit sokongan, namun dengan memberi fokus kepada mereka tidaklah bermaksud kita lupakan golongan besar, mereka juga perlu digalakkan,” katanya.

Ahli Parlimen Tambun itu turut memberitahu alasan beliau mengunjungi gerai pada setiap Jumaat kerana golongan tersebut tidak diendahkan oleh pentadbiran terdahulu.

“Itu sebabnya saya ke gerai setiap Jumaat. Ini yang dimaksudkan anjakan, usaha mengubah orientasi bagi memastikan bahawa sebaahgian besar rakyat dapat manfaat daripada inisiatif ekonomi atau reformasi.

“Apa salahnya dalam setahun ini kita boleh ada 30 ke 40 tempat peniaga kecil yang bersih dan indah, ia memberi manfaat kepada puluhan ribu warga miskin.

“Saya harap rakan syarikat besar dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) faham orientasi ini untuk CSR (tanggungjawab sosial korporat) dan lain-lain untuk bantu menjayakan,” katanya. - Getaran, 17 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 22 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 15 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja