web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kos Haji Muassasah Naik Sehingga RM31,000 - TH

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2023 2:25PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kos menunaikan haji secara muassasah tahun ini dijangka meningkat kepada lebih RM31,000, berbanding RM28,632 bagi setiap jemaah pada musim lalu.

Pengarah Eksekutif Haji, Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Abdul Rahman berkata, kos itu menyaksikan peningkatan sebanyak RM2,368.

Bagaimanapun, katanya, kos sebenar yang perlu dibayar oleh seorang jemaah kepada TH masih belum dimuktamadkan.

“TH memberi jaminan akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji untuk golongan berpendapatan rendah melalui mekanisme Bayaran Haji secara bersasar yang mula diperkenalkan pada musim haji tahun lalu,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia, hari ini.

Datuk Syed Saleh Abdul Rahman
Datuk Syed Saleh Abdul Rahman

Dalam pada itu, Syed Saleh berkata, penetapan Bayaran Haji bersasar adalah pada kadar RM10,980 (38 peratus daripada kos haji) bagi jemaah B40, manakala RM12,980 (45 peratus daripada kos haji) bagi jemaah haji bukan B40 pada musim haji lalu.

Menurut beliau, TH memberi bantuan sebanyak RM17,652 iaitu 62 peratus bagi seorang jemaah haji golongan B40 manakala RM15,652 atau 55 peratus pula bagi jemaah haji bukan golongan B40.

“Bagi jemaah muassasah menunaikan haji kali kedua atau lebih, mereka perlu membuat bayaran penuh.

“TH sentiasa berusaha melalui perbelanjaan berhemah dan strategik agar kenaikan ini tidak terlalu membebankan jemaah haji,” katanya.

Jelasnya lagi, kos haji itu merangkumi tiket penerbangan, pengangkutan di Tanah Suci, sewaan bilik penginapan di Mekah dan Madinah, kos sajian makanan dan bayaran untuk pelbagai perkhidmatan asas kepada pihak berwajib di Arab Saudi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, antara faktor utama kenaikan kos haji adalah inflasi berikutan impak ekonomi global seperti perang Rusia-Ukraine, kenaikan harga minyak, isu logistik pasca COVID-19, percukaian, kadar pertukaran wang dan pasaran hartanah di Mekah dan Madinah.

“Kenaikan ini juga disebabkan oleh caj tambahan membabitkan kemudahan sedia ada dan baharu yang diberikan termasuk kemudahan khemah di Arafah dan Mina, mutawif dan penggunaan bas yang lebih baik di Arab Saudi.

“Bagi menangani impak kenaikan kos haji ini, TH memeterai perjanjian jangka panjang dengan syarikat penerbangan dan juga memajak bangunan penginapan jemaah haji di Mekah dan Madinah untuk beberapa musim dalam usaha mengekalkan harga sewaan,” katanya.

Malaysia memperoleh semula kuota rasmi jemaah haji yang pernah ditetapkan oleh Arab Saudi pada awal 2020 lalu untuk musim haji kali ini iaitu sebanyak 31,600 jemaah berbanding 14,306 pada tahun lepas akibat pandemik COVID-19.

Justeru, jemaah yang giliran tahun sepatutnya pada 2020, 2021 dan 2022 akan diberikan keutamaan untuk memenuhi kuota berikutnya bagi menunaikan ibadah haji musim ini.

TH juga menetapkan penerbangan pergi pertama jemaah pada 21 Mei 2023 (Isnin) dan penerbangan pergi terakhir pada 21 Jun 2023, manakala penerbangan pulang pertama pada 6 Julai 2023 (Khamis) dan penerbangan pulang terakhir pada 2 Ogos 2023. - Getaran, 16 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Penurunan Peratusan Mengundi, Peningkatan Kos Haji Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Desakan Najib Wajib Naik Kos Haji Akhirnya Tercapai

3

Semasa 3 tahun yang lalu

TH Jangka Bantuan Kewangan Haji Meningkat RM500 Juta Pada 2024

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Reformasi Pendidikan, Langkah Tampung Kenaikan Kos Haji Antara Tumpuan Dewan Rakyat

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

5

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

6

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad