web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Amal Budaya Selesa, Tekad Laksana Perubahan Untuk Negara - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2023 9:43AM

Anwar Ibrahim berkata dalam apa-apa jua sistem, perlu ada keinginan dan hasrat untuk membawa perubahan - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Jemaah Menteri dan warga perkhidmatan awam tidak mengamalkan budaya selesa sebaliknya bertekad untuk terus melaksanakan perubahan dalam pentadbiran negara.

Berucap pada perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Januari 2023 di sini hari ini, Anwar berkata dalam apa-apa jua sistem, perlu ada keinginan dan hasrat untuk membawa perubahan.

“Sudah mantap sistem yang bergerak puluhan tahun tapi harus ada kesediaan rendah diri untuk mengakui, ada kekuatannya tetapi bila kita letak tokoh baharu…harus ada hasrat bawa perubahan…tidak harus kita benar ada budaya selesa iaitu culture of contentment yang menggigit kita,” katanya.

Anwar berkata sekiranya ada pendekatan mudah dalam pentadbiran negara, semua pihak akan bersatu dan bekerjasama untuk mengangkat semula bangsa dan negara.

“Paling penting bertekad yang negara ini harus stabil daripada politiknya, jelas hala tujunya dan kuat keinginan dan hasrat bawa perubahan untuk angkat semula martabat bangsa dan negara,” katanya.

Dengan beberapa langkah telah diumumkan untuk meningkatkan tahap kecekapan dalam menyelesaikan masalah, Anwar mahu segala tindakan dilaksanakan dengan telus. 

“Baru-baru ini kita gesa satu tindakan lebih agresif bukan untuk ambil tindakan tetapi melepaskan masalah pekerja kerana pekerja asing dalam industri perladangan, pembuatan dan bidang-bidang tertentu sangat kurang.

“Ia menjejaskan kadar pertumbuhan negara kita, jadi saya lihat Jabatan Imigresen sambut baik dan apa jua tindakan harus ada transparensi ,” katanya yang turut berharap segala perubahan yang akan dilaksanakan di bawah Kerajaan Perpaduan akan mendapat sambutan hangat daripada semua jabatan.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad