web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kemasukan 500,000 Pekerja Warga Asing Bagi Sektor Tidak Diminati Warga Tempatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2023 9:15AM

Pekerja asing ditempatkan di sektor-sektor yang tidak diminati oleh warga tempatan, antaranya dalam sektor perladangan, pertanian dan pembinaan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU GAJAH - Kemasukan seramai 500,000 pekerja warga asing ke Malaysia yang dirancang pada tahun ini, tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.

Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata ini kerana, mereka yang dibawa dari 15 negara sumber dalam benua Asia itu, berdasarkan permintaan ditempatkan di sektor-sektor yang tidak diminati oleh warga tempatan, antaranya dalam sektor perladangan, pertanian dan pembinaan.

“Kita mendapati amat sukar mendapatkan pekerja tempatan untuk bekerja di sektor-sektor ini.

“Kebergantungan kita pada pekerja asing dalam sektor ini amat tinggi, apabila tidak dapat ‘bekalan’ penawaran secukupnya akan mengganggu operasi sektor-sektor ini secara optimal dan mengakibatkan kerugian besar kepada agensi,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis penyalaan tanglung di Pusing di sini malam ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Gajah berkata masalah kekurangan pekerja perlu diselesaikan segera, kerana dibimbangi mengakibatkan ekonomi tidak dapat berkembang dengan baik, lebih-lebih lagi lebih 700,000 pekerja warga asing telah pulang ke negara masing-masing ketika pandemik COVID-19.

Beliau berkata hasil perbincangan pihaknya dan Kementerian Dalam Negeri baru-baru ini telah mencapai kata sepakat, bagi mempermudah dan mempercepatkan proses permohonan pengambilan pekerja warga asing yang kini hanya mengambil masa selama tiga hari.

“Banyak perniagaan akan ditutup sekiranya tidak mempunyai pekerja yang mencukupi jadi sebelum keadaan menjadi parah, kita bekalkan tenaga kerja untuk operasi sektor-sektor yang memerlukan.

“Kerajaan akan mengambil langkah dalam usaha untuk mengurangkan kesan kegawatan ekonomi yang dijangka melanda seluruh dunia,” katanya.

Pada Oktober lepas Ahli Majlis Pemulihan Negara Datuk Michael Kang dilaporkan berkata Malaysia memerlukan seramai 500,000 pekerja asing, bagi menangani masalah kekurangan tenaga kerja untuk perusahaan mikro, kecil, dan sederhana dalam menyokong proses pemulihan negara. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad