web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keselamatan Jalan Raya KL Teruk Walaupun Pengangkutan Awam Kukuh: Laporan Global

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2023 8:31PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu laporan global meletakkan Kuala Lumpur pada kedudukan kurang baik iaitu di nombor 53 dengan skor 33.4 peratus daripada 60 bandar raya global untuk mobiliti mampan.

Ia juga meletakkan ibu negara Malaysia itu di nombor 23 untuk prestasi transit awam dengan skor 56.5 peratus, sekali gus menyerlahkan situasi keselamatan jalan raya yang buruk.

“Walaupun sistem transit awamnya kukuh, Kuala Lumpur mempunyai jumlah kemalangan jalan raya yang tinggi - antara kadar paling buruk dalam Indeks Kesediaan Mobiliti Bandar kami,” kata laporan oleh Oliver Wyman Forum dengan kerjasama Universiti California, Berkeley.

Indeks Kesediaan Mobiliti Bandar (UMRI) edisi 2022 menilai sejauh mana 60 bandar global merentasi lima wilayah, termasuk Kuala Lumpur dan Asia Pasifik bersedia untuk aspek mobiliti seterusnya.

Indeks global itu menyatakan bahawa Kuala Lumpur, ‘mendapat manfaat daripada pelbagai jenis mod transit awam, daripada Transit Aliran Bas hingga rel pantas (rapid rail)’.

“Jalan raya di bandar ini juga menyediakan sambungan serantau yang rendah, kerana Malaysia mempunyai rangkaian jalan raya yang berpecah-belah. Sebilangan kecil penduduk pada masa ini berbasikal atau berjalan kaki setiap hari, dan bandar ini akan mendapat manfaat daripada pelaburan dalam infrastruktur berbasikal dan di kaki lima.”

Edisi 2022 telah memperkenalkan sub-indeks transit awam, menyenaraikan prestasi 60 bandar dalam menguruskan sistem pengangkutan awam mereka dan bilangan penumpang yang menggunakannya.

Indeks global itu menyatakan bahawa Kuala Lumpur, ‘mendapat manfaat daripada pelbagai jenis mod transit awam, daripada Transit Aliran Bas hingga rel pantas (rapid rail)’. - Gambar fail
Indeks global itu menyatakan bahawa Kuala Lumpur, ‘mendapat manfaat daripada pelbagai jenis mod transit awam, daripada Transit Aliran Bas hingga rel pantas (rapid rail)’. - Gambar fail

Ia juga mengukur prestasi bandar mengenai kepadatan transit awam, kecekapan dan kadar penggunaan.

Oliver Wyman mempunyai pejabat di lebih 70 bandar di 30 negara, termasuk di KL Sentral.

Semakan oleh The Vibes mendedahkan, ia telah menjalankan inisiatif penyelidikan berskala besar sejak 2019 merentas industri mobiliti dan pengangkutan, selain menilai kesediaan bandar global untuk trend mobiliti masa hadapan.

Dilancarkan dua tahun lalu, sub-indeks mobiliti mampan mengukur usaha bandar untuk membina ekosistem mobiliti yang lebih hijau dan lebih mampan.

Ketika dunia semakin pulih daripada gangguan yang ditimbulkan oleh pandemik COVID-19, laporan itu menekankan bahawa bandar raya global tidak boleh membiarkan cabaran ekonomi baharu dan cuaca ekstrem memburukkan lagi usaha memodenkan sistem mobiliti mereka.

“Mereka memerlukan rangkaian mobiliti yang cekap dan saksama untuk memastikan daya tahan dan memacu daya hidup ekonomi,” katanya.

Ia juga menekankan kemampanan dan transit awam sebagai ‘tulang belakang kepada ekonomi yang berdaya tahan’.

Sepuluh bandar global teratas di bawah sub-indeks transit awam diterajui oleh Hong Kong.

Baki sembilan bandar dalam susunan kedudukan berikutnya ialah Zurich, Stockholm, Singapura, Helsinki, Oslo, Tokyo, Paris, Berlin dan London.

“Transit awam setakat ini adalah cara paling mesra alam untuk membolehkan sekumpulan besar individu bergerak dan boleh membantu perniagaan menarik pekerja yang mereka perlukan dan memastikan pusat bandar sentiasa sibuk dengan aktiviti,” tegas laporan itu.

Banyak bandar telah melaksanakan strategi ini, termasuk sistem transit yang mampu milik dan meluas serta lebih banyak pilihan untuk perkongsian seperti e-basikal dan skuter, menurut UMRI edisi 2022.

Kuala Lumpur juga berada di kedudukan ke-40 untuk UMRI, dengan markah 45.1 peratus.

Indeks ini mempunyai ukuran holistik dengan 57 petunjuk prestasi utama untuk aspek termasuk impak sosial, infrastruktur, inovasi, kecekapan sistem dan daya tarikan pasaran.

“Apabila bandar menangani isu-isu ini dan mencari cara untuk mengukuhkan daya tahan ekonomi dan alam sekitar mereka, mereka harus menjadikan sistem mobiliti moden sebagai bahagian teras strategi mereka,” kata laporan itu.

“Rangkaian mobiliti yang cekap dan saksama adalah enjin utama daya hidup dan kemampanan bandar.” - The Vibes, 15 Januari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar