web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kegembiraan 7 Sekawan Bertukar Tragedi, Rakan Lemas Mandi Di Tasik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2023 4:38PM

Muhammad Khairul Hamizan disahkan meninggal dunia selepas tiba-tiba hilang daripada pandangan ketika asyik bermandi manda bersama rakan-rakannya. - Gambar Ihsan Bomba Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kegembiraan tujuh remaja mengisi cuti hari minggu dengan bermandi manda di Tasik Cemin Setia Alam, Selangor, bertukar tragedi apabila seorang daripadanya lemas di lokasi kejadian.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari ini, mangsa, Muhammad Khairul Hamizan Mustapa, 16, disahkan meninggal dunia selepas tiba-tiba hilang daripada pandangan ketika asyik bermandi manda bersama rakan-rakannya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira jam 12.16 tengah hari, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Kota Anggerik digegaskan ke lokasi.

Menurutnya, laporan awal diterima mengatakan kejadian itu melibatkan tujuh remaja berusia 16 tahun yang sedang bermandi manda di tasik tersebut, sebelum seorang daripada mereka disedari hilang dan dipercayai lemas.

“Gerakan mencari dan menyelamat mangsa dilakukan oleh pihak bomba sebelum menemui mayatnya ditemui pada jam 2.15 petang tadi.

“Mayat mangsa ditemui tidak jauh daripada kawasan yang mereka mandi, iaitu sekitar 15 kaki dari tebing di tasik tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam berkata, mayat mangsa dibawa ke hospital untuk proses selanjutnya.

Difahamkan, mangsa adalah seorang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kapar Indah.

Enam lagi rakannya terselamat dan masih berada di lokasi ketika misi mencari serta menyelamat dilakukan. - Getaran, 14 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 4 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan