web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Lelaki Bertopeng Samun, Tetak Mangsa Diburu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2023 8:08PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis sedang memburu tiga lelaki bertopeng yang memecah masuk sebuah rumah di Kemayan, Bera, Pahang dan menetak pemilik kediaman tersebut, sebelum melarikan kenderaan pacuan empat roda (4WD) milik mangsa.

Dalam kejadian jam 10 pagi Rabu lalu, mangsa berusia 56 tahun itu mengalami kecederaan parah di lengan dan kaki akibat tetakan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan N Kumaran berkata, sebaik menerima maklumat, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bera diarahkan ke rumah mangsa sebelum mendapati lelaki berkenaan terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

“Mangsa mengalami kecederaan di lengan dan kaki dipercayai akibat ditetak dengan parang dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh untuk rawatan.

“Siasatan awal mendapati, suspek adalah tiga lelaki bertopeng yang memecah masuk melalui pintu belakang rumah mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek dipercayai melarikan diri menaiki kenderaan Perodua Myvi warna kelabu dan kenderaan milik mangsa, menghala ke Bahau, Negeri Sembilan.

“Kenderaan mangsa kemudian ditemui di dalam kawasan kebun getah, FELDA Sungai Lui, Negeri Sembilan. Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai diminta menyalurkan maklumat dengan segera dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Bera, 09-2507999 atau balai polis berhampiran,” katanya. - Getaran, 13 Januari 2023

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 16 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad