web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jumlah Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat, Perak Kekal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2023 11:33AM

Penduduk telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara apabila kediaman mereka dinaiki air secara mengejut - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat manakala di Perak kekal setakat pagi ini.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir di Hulu Terengganu bertambah kepada 71 orang berbanding 43 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa daripada 23 keluarga itu ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Kemat.

Penduduk berkenaan dipindahkan susulan kediaman mereka dinaiki air secara mengejut sejak 6 petang semalam.

Kenyataan turut menyatakan pada masa ini cuaca mendung dan hujan sedang melanda beberapa tempat di Terengganu.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sahom, Kampar kekal 91 orang setakat 8 pagi ini.

Sekretariat JPBN Perak dalam kenyataan memaklumkan PPS itu menempatkan kesemua mangsa dari Kampung Sahom.

PPS berkenaan dibuka sejak Rabu malam selepas kampung itu dilanda banjir kilat susulan hujan lebat pada sebelah petang hari berkenaan.

Banjir kilat menyebabkan beberapa rumah di kampung berkenaan terjejas selepas paras air Sungai Rias di daerah itu naik mendadak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

3

Video & Galeri 3 hari yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

4

Semasa 5 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 17 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad