web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hilang Sejak Disember, Kedudukan Kapal MV Dai Cat 06 Masih Belum Ditemui

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2023 8:31PM

Pencarian MV Dai Cat 06 masih diteruskan oleh Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia di perairan Natuna - Gambar Facebook APMM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kapal MV Dai Cat 06 yang dilaporkan hilang sejak akhir Disember lalu di perairan Natuna, Indonesia masih belum ditemui setakat hari ini.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, pencarian masih diteruskan oleh Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia di perairan Natuna, negara berkenaan.

“Pencarian pada hari ini bertumpu di kawasan terakhir isyarat kecemasan Emergency Position Indicating Radio Beacon (EPIRB) dikesan oleh Malaysia Mission Control Centre (MYMCC) menggunakan Sistem COSPAS-SARSAT.

“Operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat)  diteruskan dengan penglibatan sebuah bot serta kapal dari Kantor SAR Natuna, manakala dari Kantor SAR Pontianak pula sebuah lagi bot,” katanya hari ini.

Beliau berkata, Maritim Malaysia juga telah mengatur gerak aset di Maritim Sarawak bagi membantu pencarian di sempadan Malaysia-Indonesia di perairan Tanjung Datu sehingga ke perairan Kuching.

“Selain itu, Maritim Malaysia juga masih menjalankan siasatan lanjut sekiranya terdapat unsur jenayah melibatkan kehilangan kapal ini,” katanya.

Menurut Mohd Zubil, kapal terbabit membawa muatan besi paip dilaporkan keluar dari Kampung Acheh, Perak pada 23 Disember lalu menuju ke Kuching, Sarawak dan sepatutnya tiba pada 31 Disember lalu.

Beliau berkata, kru kapal yang hilang itu terdiri daripadawarga Indonesia dikenali sebagai Adi berusia 46 tahun (Master kapal); Ketua Pegawai, Mohammad Syafarizan Mohd Noor (Malaysia), 24; Ketua Jurutera, Damai Papane Ole (Indonesia), 57; Kelasi, Derrent Littor (Malaysia), 22 dan Kelasi, Mohammad Suhaideh Sudin (Malaysia), 22.

Pada Selasa, media melaporkan kehilangan MV Dai Cat 06 yang didedahkan oleh Maritim Malaysia.

Kapal berukuran 52 meter panjang itu membawa 527 batang besi bernilai RM726,205. - Getaran, 12 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tragedi Kepala Air: Wanita Maut, 4 Mangsa Masih Hilang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pempengaruh Boss Mario Hilang, Kereta Ditemukan Di Pantai Klebang

4

Semasa 2 tahun yang lalu

'Kalau Jumpa Lebih Awal, Mesti Jasad Bella Masih Sempurna' - Kakak

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad