web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID: Tiada SOP Tambahan Bagi Pengembara Dari China Masuk Sabah - Hajiji

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2023 9:15AM

Sabah tidak akan mengenakan prosedur operasi standard (SOP) tambahan kepada pengembara di China ke negeri itu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Sabah tidak akan mengenakan prosedur operasi standard (SOP) tambahan kepada pengembara di China ke negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata keperluan mengikut SOP, pengembara dari negara itu hanya perlu mengemukakan ujian PCR yang negatif untuk COVID-19 dan juga telah divaksinasi seperti yang ditetapkan di negara mereka, bermula Ahad lepas (8 jan).

“Dengan sempadan China dibuka secara rasminya tiga hari lepas pada 8 Jan, kami mengalu-alukan kepada pelawat dari China ke negeri kami semula,” katanya ketika berucap di majlis resepsi Tahun Baru Cina yang dihoskan Konsol Jeneral China di Kota Kinabalu Huang Shi-Fang di sini malam tadi.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isterinya Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Hajiji berkata Sabah berharap untuk menerima lebih banyak pelaburan dari China pada masa hadapan dengan ekonomi dan kerjasama antara China dan negeri itu yang terus meningkat.

“China telah menjadi jiran kami yang baik. Ketika waktu sukar dan pada ketika pandemik, Kerajaan China menerusi Konsulat China di sini telah memberikan pelbagai bentuk bantuan untuk Sabah, terutamanya bantuan perubatan dan kami amat menghargainya. Hubungan baik antara kedua negeri telah berlangsung dan akan terus menjadi baik,” katanya.

Sementara itu Ketua Menteri berkata di Sabah dan seluruh negara, masyarakat meraikan Tahun Baru China, bukan sahaja dalam kalangan rakyat berbangsa Cina, namun dalam kalangan keseluruhan masyarakat majmuk berbilang kaum dan kebudayaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad